Rabu, Julai 13, 2011

Ini memang jadi satu sindrom yang sangat merbahaya buat puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Nak pulak dikalangan pemimpin - pemimpin mereka.

Bagi diorang, Kebenaran itu merupakan satu sumpahan atau satu penyakit yang boleh membunuh. Maka sebab itu diorang sering kali menolak Kebenaran.

Macam Si Ketua Penipu tu la. Dia selalu kata, semua dakwaan dan tuduhan yang dibuat terhadap dia hanya konspirasi atau fitnah belaka.

Tapi bila kita suruh dia buktikan Kebenaran, dia mengelak dengan macam - macam alasan. Siap marah - marah lagi kat orang yang menuntut Kebenaran dari dia.

Jadi, mungkin sebab itu la ADUN Kuang ni digantung dari menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama 3 hari. Hanya semata - mata dia bercakap benar.

ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus yang bangun untuk membahaskan Usul dari ADUN Seri Setia mengenai perhimpunan bersih digantung oleh Speaker Pecah, Teng Chang Kim.

Abdul Shukor sekadar menyebut nama Agong dan Sultan Selangor bagi mengingatkan bahawa perhimpunan tersebut tidak sepatutnya diadakan.

Sebaliknya, titah Yang DiPertuan Agong serta DYMM Sultan Selangor dengan jelas mahu isu tuntutan Bersih itu diselesaikan melalui kaedah rundingan.

Tetapi, puak - puak Pakatan Pembangkang itu hanya mahu menumpukan perhatian terhadap kebenaran YDP Agong serta Sultan Selangor untuk berhimpun.

“Speaker tidak adil dalam perkara ini kerana ADUN Seri Setia (Nik Nazmi) turut menyebut nama (Yang Di-Pertuan) Agong dalam pembentangan usul berkenaan.

“Tetapi mengapa beliau tidak membuat perkara sama (gantung) terhadap Nik Nazmi. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Di mana letaknya keadilan?" katanya. – Bernama
Dah nampak sangat puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang suka ambik cerita dari sebelah pihak sahaja. 

Diorang akan ambil bahagian mana yang sesuai dengan mereka dan dijadikan alasan untuk bertindak serta melakukan sesuatu.

Kenapa diorang hanya menumpukan perhatian kepada perkenan YDP Agong untuk mengadakan perhimpunan sahaja?

Kenapa mereka tidak mengendahkan titah baginda yang mahu isu itu diselesaikan dengan kaedah berunding terlebih dahulu? Itu yang menjadi persoalannya.

Terang - terang puak - puak Pakatan ni memang suka mengambil tindakan berat sebelah dan mengamalkan 'double-standard'. Itu yang diorang kata adil? Adil Kepala Tengkorak Dia!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping