Kali betul punya cerita. Kita lari la sekejap dari cerita Politik buat seketika. Dah malam - malam ni, kita cerita bab lain la untuk alihkan perhatian.
Ini kisah mengenai pelakon terkenal yang bernama Rozita Che Wan ni la. Dia ni memang 'panas' dengan cerita - cerita gosip sejak kebelakangan ni.
Nak pulak bila orang buat dakwaan yang di dikatakan hangat bercinta dengan artis yang jauh lebih muda dari dia. Orang yang buat dakwaan tu pun satu.
Apa salah ke kalau dia nak bercinta dengan orang yang lebih muda dari dia? Kalau dah itu jodoh dia, apa salahnya? Yang penting diorang saling suka diantara satu dengan yang lain.
Tapi kisah Kak Ita ni lain la pulak. Orang kata dia yang jatuh cinta dengan artis muda tu sedangkan artis muda tu anggap Kak Ita ni kawan biasa dia je.
Dah sibuk - sibuk orang buat cerita kata Kak Ita ni jatuh - jatuh, dah dia betul - betul jatuh. Jatuh tangga katanya. Nasib baik tak kena timpa dengan tangga tu. Ye la, tangga batu.
Dia yang katanya baru balik dari penggambaran drama tergelincir sewaktu menaiki tangga dekat rumahnya sehingga menyebabkan dia terjatuh.
Sampai kena papah dek abang dia untuk pergi mendapatkan rawatan. Bila doktor X - Ray kaki dia didapati ligamen dia terkoyak.
Maka atas sebab itu dia terpaksa berehat dirumah sambil kakinya berbungkus dan tidak dibenarkan untuk mengikuti sebarang penggambaran selepas ini.
Itu je la kisah dia. Bukan ada kisah apa sangat pun. Moralnya, bila berjalan tu berhati - hati la sikit. Tengok - tengok jugak la kat bawah ni. Jangan main redah ikut suka hati je!!!
her boob looks ........(hmmmm)
BalasPadamyummy~ ;D
BalasPadamOtak kuning betulllah ko orang nih....
BalasPadam