Bila orang kata Polis kejam, diorang marah. Bila kata Polis zalim, diorang melenting. Tapi itu la hakikat yang terpaksa ditanggung oleh Pasukan Polis DiRaja Malaysia ni.
Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Buat apa pun, semuanya serba tak kena belaka. Habis, nak buat macam, ye tak? Namun demi tugas yang dah diamanahkan, mereka teruskan juga.
Tapi tindakan terbaru pihak Polis ni memang tak patut. Katanya pihak Polis dengan tegas menutup pintu rundingan dengan mana - mana penganjur perhimpunan haram Julai nanti.
Tindakan itu diambil berikutan kedegilan pihak - pihak yang berkenaan untuk meneruskan hasrat mereka selepas diberi nasihat. Yang paling mengecewakan, semuanya sia - sia belaka.
Kata Timbalan Ketua Polis Negara, mereka yang berkeras untuk meneruskan perhimpunan tersebut tetap akan dikenakan tindakan tegas termasuk ISA.
"Jadi kita dah selesai berbincang dan tiba masa untuk bertindak mengikut undang-undang," katanya
Datuk Seri Khalid Abu Bakar juga turut mengumumkan bahawa setakat hari ini, sudah sebanyak 2, 136 laporan Polis yang diterima membantah perhimpunan Bersih itu diadakan.
Jadi memang tak patut diorang tutup pintu bagi mana - mana pihak yang menyertai Perhimpunan tu nanti. Pintu rundingan tu tak pe la diorang nak tutup.
Tapi jangan la diorang tutup pintu lokap. Pintu tu sepatutnya dibuka luas - luas supaya senang nak sumbat puak - puak yang degil sangat nak buat perhimpunan tu nanti.
Dah penuh lokap tu, kunci elok - elok dan kemudian kunci tu buang ke dalam laut. Biar ke lantak diorang duduk dalam lokap tu lama - lama. Baru dia ada akal sikit.
Orang kata tak payah buat, degil. Cakap orang tak nak dengar. Bukan nak pikir baik buruknya mengadakan perhimpunan tu. Semua main nak ikut sedap hati je. Orang dah suruh berfikir guna otak. Jangan la pakai kepala lutut!!!
bila iblis dan syaitan dah bertanduk....macam tulah jadinya.....nafsu serakah bermaharajalela dihati.....yang hitam dikatakan putih....yang kuning dikatakan bersih.....mari kita bersihkan penyakit2 hati ini....api yang membara jangan disimbah minyak.....air yang mengelegak jangan dicurah ke badan.....akibatnya...yang menang jadi arang...yang kalah jadi abu....sama-sama rentung....yang untung orang jual arang....
BalasPadamjangan lupa bukak pintu kem kemunting skali bro..kasi sumbat ramai2
BalasPadam