Selasa, Ogos 16, 2011


Fuh!!! Bersih dan Adil sungguh pemilihan yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni ye. Memang SPR tak boleh lawan la dengan diorang ni.

Kalau dulu, Pemilihan peringkat Pusat dipertikaikan dan ianya memang jelas tidak dapat dijawab serta dijelaskan oleh puak - puak PKR ni.

Malah, sampai hari ni, segala aduan dan bantahan yang dibuat senyap begitu sahaja tanpa sebarang respon dari pucuk pimpinan PKR sendiri.

Macam semua bantahan dan aduan yang dibuat tu tak penting belaka. Padahal bukan orang lain yang buat aduan tu semua, ahli diorang jugak.

Itu pun diorang nak sibuk - sibuk mempertikaikan mengenai sistem pemilihan orang lain. Tapi bukan setakat itu sahaja pergolakan dalam sistem pemilihan diorang ni.

Dalam pemilihan Ketua Kampung pun macam tu jugak. Jumlah yang layak mengundi 13ribu. Tapi yang keluar mengundi 19% je. Yang selebihnya tu pengundi hantu ke???

Low ketua kampung Pandamaran yang baru. Ahli PKR yang juga seorang pemimpin pertubuhan wanita, Low See Mee hari ini terpilih sebagai ketua kampung Pandamaran yang baru, dengan meraih hampir separuh daripada 2,657 undi. 
Pandamaran village election 140811 low see mee tee boon hockLow (kanan dalam gambar) mengalahkan pesaing terdekatnya, Tee Boon Hock dengan majoriti 241 undi. Low mendapat 1,076 undi manakala Tee memperolehi 835 undi. 
Penyandangnya, Hock Siew Yap pula mendapat 172 undi, manakala pekerja sosial Yap Kim Huat (127 undi), Tee Kim Huat (205 undi) dan Tan Yu Thiam (217 undi). 
Pegawai pengurus pemilihan tersebut, Bakhtiar Hussin mengumumkan keputusan tersebut pada jam 6 petang di Kompleks Sukan Pandamaran. 
Jumlah pengundi keluar pengundi hanya 19.1 peratus di kampung yang mempunyai 13,896 pengundi yang layak. Sumber Media Cyber.
Ps: Ni la yang orang kata cakap tak serupa bikin. Cakap pandai, tapi bila buat macam sial!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping