Rabu, Ogos 17, 2011


Memang tak masuk akal lansung alasan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Parti Angguk Saja ni. Nampak sangat dia tak tau macam mana nak bagi penjelasan.

Tapi nak sangat jadi pejuang Islam. Nak bagi pendirian tentang sesuatu isu pun susah sangat,  Pejuang Islam menda kejadahnya kalau macam tu?

Lagi pun, kita bukan tak tau. Alasan diorang tak dapat jumpa DUMC dan juga JAIS tu sebenarnya hanya taktik Politik je sebenarnya.

Dah jelas sangat dah yang PAS ni hanya mementingkan Politik jika nak dibandingkan dengan perjuangan menegakkan agama Islam di Malaysia ni.

Jadi tak heran la kalau Si Mustafa Ali ni bagi alasan yang bukan - bukan. Diorang memang takut hilang kuasa Politik. Bukan nak menegakkan Islam sangat!!!

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Pas yang sebelum ini beria-ia mahu menjadi orang tengah berhubung kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu masih gagal menyatakan sebarang pendirian rasmi berkenaan hal itu.
Kegagalan itu agak menghairankan kerana Exco Hal-Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dari Pas sebelum ini menyatakan beliau menyokong tindakan JAIS tersebut atas bukti terdapat cubaan menyebarkan agama bukan Islam ke atas penganut Islam di gereja tersebut.
Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, pendirian rasmi parti itu tidak dapat dibuat kerana pihaknya masih belum berpeluang menemui pihak pengurusan DUMC untuk mendapatkan kepastian berhubung tindakan JAIS berkenaan.
“Sepatutnya hari ini berlaku pertemuan pimpinan Pas dengan pihak DUMC pukul 4 petang ini tetapi semalam saya terima surat dari pihak gereja menyatakan supaya ditangguhkan dahulu pertemuan ini.
“Sebabnya, antara disebut kerana isu ini sudah jadi satu perhatian umum begitu hebat, ditafsirkan macam-macam dan baru ini dalam surat pertama yang dikirim pada kita minta tiada liputan media,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam sidang akhbar itu, Mustafa turut menyatakan Pas masih tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan hal itu kerana selain kegagalan bertemu DUMC, parti itu juga belum bertemu JAIS.
“Kita nak jumpa JAIS dan DUMC untuk kita dapat maklumat versi masing-masing supaya kita boleh buat pertimbangan dan kesimpulan. Jadi, oleh kerana tiada pertemuan maka tiada kesimpulan, dua-dua pihak tidak dapat jumpa,” katanya. - Sumber Utusan
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping