Dari hari tu lagi, Semut dah bangkitkan perkara ni. Tapi ianya hanya dipandang sepi oleh orang lain. Mungkin, diorang rasa benda ni tak penting.
Mungkin jugak, perkara ini tidak disebarkan dengan meluas sebab ianya turut melibatkan beberapa pemimpin UMNO.
Tapi, tindakan tetap juga perlu diambil tanpa mengira sama ada mereka ni orang UMNO atau tidak. Keadilan dan Kebenaran itu perlu diutamakan.
Yang diorang pun satu hal. Bukan tak de benda lain yang lebih efektif untuk dilakukan. Banyak lagi cara dan kaedah lain untuk menyelesaikan masalah.
Siapa suruh diorang ikut permainan puak - puak Pakatan Pembangkang tu? Sekarang, mereka juga perlu terima hukuman yang sama.
Namun persoalan utamanya ialah, sampai bila kita nak tengok puak - puak Pakatan Pembangkang tu terus mengasak Kerajaan dengan sesuka hati diorang je?
Sepatutnya tindakan ni dah lama diambil bagi mengatasi sebarang masalah dimasa akan datang. Kenapa ianya dibiarkan begitu sahaja?
Ambik je tindakan terhadap mereka ni. Jangan bagi mereka peluang. Biar diorang tahu bahawa Negara ni ada undang - undang. Bukan boleh buat sesuka hati maka bapak diorang je!!!
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digesa mendesak Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan segera terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dan para pengikutnya.
Naib Presiden Gabungan NGO Malaysia, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak berkata, sudah tiba masanya bagi semua NGO tanpa mengira bangsa dan agama berganding bahu mendesak tindakan segera ke atas petualang-petualang yang berpotensi menyebabkan kerosakan terhadap negara ini.
“Kenapa NGO perlu takut memperjuangkan kebenaran? Adakah NGO mahu terus membisu melihat golongan yang membelakangi agama, bangsa dan negara terus bebas melakukan kemungkaran demi kepentingan politik mereka?
“Kini tiba masanya semua NGO menggembleng tenaga dalam memastikan kedaulatan dan kredibiliti negara terus terpelihara daripada anasir-anasir licik yang sentiasa mencari peluang untuk menjejaskan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Sumber Utusan
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.