Sabtu, Ogos 20, 2011



PUTRAJAYA 19 Ogos - Pas kini kelihatan gentar dan 'menggigil' untuk memperjuangkan Islam di negara ini selepas menyertai pakatan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, Pas yang dulunya lantang memperjuangkan Islam terpaksa membuat rujukan awal kepada DAP dan PKR terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Menurutnya, Pas kini tidak boleh lagi mengeluarkan sebarang kenyataan secara terus mengenai isu yang melibatkan umat Islam kerana perlu menjaga hati rakan-rakan pakatan pembangkang.

"Pas ternyata lebih mementingkan sokongan daripada DAP dan PKR daripada mempertahankan isu akidah umat Islam yang sering diperkotak-katikkan sejak kebelakangan ini.

"Lihat sahaja bagaimana Pas banyak mengalah dalam isu pembinaan kuil dan penjualan arak di Shah Alam, larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang serta berdiam diri dalam isu tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kini mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam baru-baru ini.

Mohd. Jurit berkata, Pas sejak akhir-akhir ini juga lebih suka menimbulkan dan mereka-reka isu yang tidak sepatutnya dibangkitkan.

"Contohnya isu Mismah yang sengaja digembar-gempurkan untuk menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat mengenai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan sistem pilihan raya," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya tugas memperjuangkan kesucian agama ini diambil alih daripada Pas oleh badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam.

Mohd. Jurit turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak pembangkang yang menggunakan masjid dan surau di Selangor dalam menyebarkan dakyah politik mereka.

"Saya ada menerima aduan mengenai tindakan pembangkang yang mengggunakan tempat ibadah suci umat Islam ini untuk menyebarkan dakyah politik mereka tanpa mempedulikan kesucian bulan Ramadan," katanya.

Beliau menambah, tindakan itu amat merugikan kerana ia hanya membawa perpecahan kepada penyatuan umat Islam di negara ini yang kian goyah.

Ps: Tinggal nama je la parti yang memperjuangkan Islam konon. Sampai hari ni, diorang masih lagi bertangguh - tangguh nak buat pendirian.

Bila ada pemimpin diorang yang buat pendirian, diorang sendiri yang kecam sampai kena buat penjelasan dan sebagainya. 

Itu yang diorang namakan sebagai perjuangan Islam? Perjuangan Islam menda kejadahnya kalau macam tu. Nak menjahanamkan lagi ada la!!! Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping