Kata nak jadi pejuang Keadilan. Tapi nak merajuk - merajuk macam ni, pejuang menda kejadahnya? Nampak sangat dia saja je bagi alasan agar dapat tutup alasan sebenar.
Mungkin ramai yang tak kenal siapa dia Haris Ibrahim ni. Dia ni salah seorang Jawatankuasa Pemandu bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.
Semalam dia umumkan bahawa dia akan meletakkan jawatan tersebut kerana ada pertembungan didalam prinsip perjuangan, KONONnya.
Kata dia, selama ini perjuangan dalam Gabungan tersebut tidak melibatkan parti Politik atau Non-Partisan.
Maka tindakan itu, kata dia, adalah untuk memisahkan sebarang kaitan politik dengan tuntutan yang dibuat oleh Bersih.
Adalah agak sukar bagi dia untuk menyatakan pandangan serta pendapat melalui blog tanpa melibatkan tanggapan orang ramai terhadap Bersih.
Mungkin itu alasan dia je sebenarnya. Mungkin ada sebab lain disebalik perletakkan jawatan dia tu yang tak nak diceritakan kepada orang.
Sebelum ni, semua orang tahu bagaimana dia membalun Si Tian Chuak ketrana didapati menipu rakyat dengan mengatakan bahawa pihak Polis yang buat provokasi.
Sedangkan, kata Haris, dari bukti yang didedahkan sebelum ini, jelas Si Tian Chuak tu yang menyerang ke arah Polis terlebih dahulu.
Dia mendesak agar Tian Chuak memberi penjelasan mengenai perkara tersebut tetapi ditolak bulat - bulat oleh Si Tian Chuak.
Dia juga dengan angkuh menyatakan bahawa dia hanya akan menjawab sebarang persoalan jika ada laporan dibuat ke atasnya.
Berikutan dakwaan yang dibuat oleh Haris, beberapa pemimpin PKR juga turut mengecam tindakan tersebut dan turut mempertahankan tindakan Tian Chuak.
Mungkin sebab dia kecewa dengan tindakan Tian Chuak yang mencemarkan imej Bersih dan enggan bertanggungjawab menjadi salah satu alasan dia meletakkan jawatan.
Dalam hati manusia, siapa yang tahu ye tak? Biasanya, apa yang diucap dimulut ni tak sama dengan apa yang ada dalam hati. Tapi, jangan la sampai nak menipu rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.