Nampak sangat yang Si Ketua Penipu ni memang pening kepala dengan kes dia dimahkamah. Sampikan prosedur pun dia main langgar je.
Bukan sebab apa. Dia dah semakin terdesak la tu. Dah jelas sangat yang dia memang tak de alibi yang kukuh untuk menghadapi sesi pembelaan.
Maka sebab itulah dia buat kerja yang bukan - bukan. Kalau tak, buat apa dia kacau sesi temubual semalam?
Kita bukan tak tau taktik dia. Yang sebenarnya dia nak tangguhkan perbicaraan kes je agar ada masa dia nak terus menipu rakyat. Bukan ada sebab lain pun!!!
AIDCNews – 10/08/11 – “Kenapa Datuk Seri Anwar perlu hadir semasa sesi temu bual saksi-saksi, sedangkan urusan itu boleh diwakilkan kepada para peguamnya ?”, soal peguam muda, Mohd Khairul Azam Abd. Aziz ketika dihubungi AIDCNews.
“Kenapa Anwar perlu sangat-sangat untuk hadir, seolah-olah ada muslihat tertentu dan cukup terdesak”, katanya lagi ketika mengulas pembatalan sesi temu bual dua saksi bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof semalam.
“Hakim telah buat keputusan saksi-saksi boleh beri keterangan atau tidak bergantung kepada persetujuan mereka.
“Kedua-dua saksi telah beri kerjasama. Mereka dengan ikhlas datang dan luangkan masa mereka untuk bantu mahkamah, tetapi kenapa pula Anwar perlu hadir bersama, sedang dia merupakan tertuduh dalam kes ini”, katanya.
Muslihat
Menurutnya walaupun undang-undang tidak ada peruntukan khusus dalam proses temu bual, namun kaedah universal perundangan adalah seorang saksi itu perlu berada dalam keadaan selesa (bebas bercakap) untuk memudahkan saksi-saksi itu memberi keterangan tanpa ganguan daripada tertuduh.
Katanya analogi temu bual saksi itu diibaratkan seperti proses meminang dalam adat Melayu yang kebiasaannya diwakilkan kepada pihak lain untuk mewakili dirinya.
“Anwar mempunyai ramai peguam yang handal-handal yang boleh mewakili dirinya, jika sekadar untuk mendapatkan maklumat dalam proses temu bual itu.
“Atau Anwar sendiri sudah tidak percayakan kehandalan peguamnya, terutamanya Karpal Singh yang mempercayai Anwar seorang peliwat satu ketika dahulu dan pernah menggesa Anwar bertaubat ?”, soalnya.
Mohd Khairul Azam yang juga merupakan peguam peribadi kepada Ummi Hafilda berkata sepatutnya Anwar tidak hadir dalam proses temu bual itu, kerana kehadirannya dianggap seperti ‘pengacau’ yang berniat mahu bertengkar dengan saksi-saksi tersebut.
Menurutnya perdebatan dan pertengkaran itu sepatutnya diadakan dalam prosiding mahkamah dan bukannya dalam sesi temu bual yang belum tentu lagi saksi-saksi itu akan dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi pihak Anwar.
“Apakah perkara yang sama juga akan dilakukan kepada Datuk Seri Najib dan Rosmah ?.
“Jika ini sikap Anwar, mungkin saksi-saksi yang lain juga tidak akan beri kerjasama, kerana mereka melihat Ketua Umum itu cukup terdesak dan mempunyai muslihat tertentu”, katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.