Rabu, Ogos 10, 2011


Dah Semut katakan hari tu. PAS menolak agenda yang terkandung didalam Buku Jingga. Sebab tu la diorang sibuk - sibuk nak buat Buku Hijau.

Buktinya dah jelas. Kalau tidak, kenapa pulak diorang sibuk - sibuk nak buat Lebuh Raya Bertol diantara Kota Bharu dan Kuala Krai ni?

Bukan ke diantara tuntutan dan agenda dalam buku jingga tu ialah untuk memansuhkan Tol? Nak mansuhkan macam mana kalau baru nak buat?
KOTA BHARU 10 Ogos - Kerajaan Pas Kelantan merancang membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer antara Kota Bharu – Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri ini membayar tol buat pertama kali selepas lebih 20 tahun pemerintahan Pas di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pembinaan lebuh raya itu dijangka menelan belanja RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah.
Husam mendakwa, permohonan mereka sebelum ini untuk pembangunannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) tidak mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan, justeru kerajaan negeri mengambil keputusan membangunkannya sendiri sebagai jalan negeri secara penswastaan.
"Kerajaan negeri mengambil keputusan memulakan sendiri pembangunan lebuh raya ini tanpa menunggu lagi Kerajaan Persekutuan kerana mungkin Kerajaan Persekutuan tidak melihatnya sebagai keutamaan mereka.
"Tujuan kita ambil inisiatif ini untuk membantu anak Kelantan terutama yang pulang berhari raya mengelak kesesakan yang teruk, kalau ada jalan terus dari Kuala Krai ke Kota Bharu, kita jangka masa perjalanan hanya akan mengambil masa antara 30 hingga 40 minit sahaja.
"Memang ada pihak swasta yang sudah datang sebelum ini dan membuat beberapa cadangan tetapi kita perlu melalui beberapa proses dan penilaian terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini. - Utusan
Ada jugak yang memberi pendapat dengan menyatakan bahawa tindakan ini akan menambahkan lagi pendapatan Si Husam Kambing tu sahaja.

Mungkin ada wujud pemberian konsesi tersebut kepada pihak - pihak tertentu dengan jaminan lumayan kepada dia.

Kalau tidak, kenapa baru sekarang diorang nak buat Lebuh Raya tersebut? Kenapa baru sekarang nak memikirkan tentang rakyat?

Kata diorang nak mewujudkan Negara Kebajikan. Kalau betul nak mewujudkan Negara Kebajikan, bagi free je la. Apa jadahnya nak buat tol lagi? Cakap pandai. Tapi buat tak reti. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. EH, APA TOL2 PULAK NI. KAN PR KATA KALAU MEMERINTAH MALAYSIA NAK BAGI FREE SEMUA TOL?

    NI NAK BUAT 63KM PUN ADA TOL KA? TU BELUM BUAT 630KM LAGI!, APARA HAMPAS NI. HAMPAS BETUI, CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

    BAGI FREE LA, KAN KATA NAK JADIKAN MALAYSIA NEGARA KEBAJIKAN. BUAT LA KEBAJIKAN BANYAK2, BAGI KELANTAN BANGKRAP TERUS. AKU TAK NAK PANGKAH PAS LAGI LA MACAM NI.

    -ART-

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping