Khamis, Ogos 11, 2011


Sejuk. Memang sejuk!!! Sampai mengigil rasanya badan Si Ketua Penipu tu bila dia dah 'jem' dengan kes dia di mahkamah.

Mana tak sejuknya. Satu persatu orang mempertikaikan tindakan dia memanggil 15 orang saksi untuk ditemubual sebelum perbicaraan disambung semula 15 Ogos nanti.

Dah macam - macam spekulasi yang keluar sejak tindakan yang diluar kebiasaan tu dilakukan. Rata - rata semua orang mengakui bahawa Si Ketua Penipu tu hanya mencari alasan.

Dia sebenarnya cuba nak menangguhkan masa dengan tindakan sedemikian dan cuba untuk memburuk - burukkan nama Perdana Menteri sahaja.

Spekulasi tu kuat menyatakan sedemikian kerana 15 orang saksi itu dipanggil bukan untuk membela dia. Jadi, untuk apa dia panggil 15 orang tu yang sebenarnya?

Malah, persoalan mengenai kenapa dia tak panggil saksi yang mempunyai alibi utama turut diajukan oleh rakyat secara keseluruhan. 

Sekarang apa kata dia mengenai tawaran 5 orang ni pulak? Adakah dia berani untuk menyahut cabaran mereka? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar.
"Jika Perdana Menteri dan isteri boleh dipanggil oleh peguam bela untuk menjadi saksi jadi mengapa saya tidak boleh dipanggil sebab saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan pembelaan kes liwat Anwar untuk menemu ramah kesemua 15 saksi termasuk Perdana Menteri dan isteri.
Bagaimanapun, temu ramah itu tertakluk kepada persetujuan saksi-saksi terbabit.
Mohamad Ezam berkata, mahkamah adalah medan untuk menjawab segala fitnah bahawa beliau dan rakan-rakan lain tinggalkan Anwar kerana habuan, sebaliknya Anwar ditinggalkan oleh mereka kerana haram berketuakan seorang peliwat.
Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya.
"Maka sebab itu Anwar mahu Perdana Menteri dan isteri menjadi saksi supaya beliau boleh politikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara seterusnya memburuk-burukkan sistem kehakiman negara," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping