Macam - macam benda dah nak dijadikan modal sekarang ni. Tajuk lagu pun dah semakin mengancam. Semuanya sebab nak tarik perhatian la tu.
Mungkin sebab itu la kumpulan baru ni menggunakan tajuk yang sedemikian untuk memulakan tapak mereka dalam dunia hiburan. Tapi kenapa pilih tajuk tu?
PETALING JAYA: Selepas era kegemilangan kumpulan Feminin dan Elite, kini penyanyi berkumpulan wanita yang dikenali sebagai Tiga muncul mewarnai arena industri muzik tanah air.Kumpulan dibawah naungan KRU Studios yang terdiri daripada Hana Amira Mohd Hatim atau Hana, 24,Fazuin Mohd Yusoff (Faz), 25 dan Stephanie Goh Mei Yee (Steph), 23, itu berkata, mereka yakin populariti kumpulan penyanyi wanita akan kembali diterima masyarakat."Mungkin ada yang menganggap agak sukar untuk kami memartabatkan konsep berkumpulan wanita, tetapi Tiga sahut cabaran itu dan akan menampilkan lagu-lagu yang berkualiti kepada umum."Namun, kami mempunyai cara tersendiri dalam menonjolkan personaliti diri tiga dimana kami tampil dengan konsep muzik dance tetapi imej kami pula lebih ke arah trend ala K-Pop," kata Hana.Mempertaruhkan single lagu pertama, Lelaki Tak Guna, ciptaan Edry Abdul Halim,lagu tersebut mempunyai unsur semangat wanita bangkit daripada kesengsaraan atau kesedihan yang terpaksa dilalui gara-gara lelaki yang disayangi.Malah, kata Faz, lagu tersebut melambangkan 'girl power' yang mampu mengharungi pelbagai rintangan hidup.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.