Sejak akhir - akhir ni, puak - puak Pakatan Pembangkang lantang berkokok pasal pengundi - pengundi hantu yang ada dalam senarai daftar Pemilih.
Yang terbaru ialah mengenai seorang warganegara asing bernama Mismah turut tersenarai sebagai pengundi walaupun beliau bukan warganegara Malaysia.
Bagi Semut, isu seumpama ini tidak sepatutnya wujud jika mereka memainkan peranan mereka dengan berkesan.
Malah secara tak lansung, perkara seumpama ini berlaku turut membuktikan bahawa wakil yang mereka lantik tidak menjalankan kerja yang diamanahkan kepada mereka.
Sebab apa Semut cakap macam tu? Sebab Semut tahu sistem pendaftaran pengundi melalui SPR ni. Ia memakan masa bukan sebulan, bukan 2 bulan, tapi 6 bulan lamanya.
Kalau sebelum ini, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mempertikaikan sistem pendaftaran tersebut.
Kata dia, pendaftaran pengundi ni sepatutnya tak makan masa yang lama. Sepatutnya, kalau orang tu daftar hari ni, esok dia dah boleh mengundi.
Melihat senario sebenar, keadaan diperingkat akar umbi tidak begitu. Cuba suruh budak - budak muda zaman sekarang pergi daftar mengundi, berapa kerat je yang sanggup buat.
Melainkan kita bawak diorang ke pejabat Pos atau pihak SPR melalui wakil yang dilantik sendiri turun ke padang, baru diorang nak daftar.
Tapi kenapa SPR memerlukan masa yang lama untuk meluluskan daftar pemilih ini, sampai 6 bulan baru lulus? Sepengetahuan Semut, ada dua peringkat dalam kerja daftar pemilih ni.
Pertama, SPR terima borang pendaftaran dan kemudian mereka akan semak sama ada pendaftar itu wujud atau tidak. Sama ada dia daftar ke belum.
Diorang jugak akan semak dengan Jabatan Pendaftaran Negara sama ada mereka layak atau tidak untuk mengundi. Hidup lagi ke atau dah meninggal dunia.
Kalau daftar pengundi ni sorang dua tak pe. Tapi sekali datang, beratus ribu permohonan yang dihantar. Maka sebab itulah mereka memerlukan masa selama 3 bulan.
Habis, baki 3 bulan lagi, apa yang diorang buat? Baki 3 bulan tu diorang akan keluarkan senarai semak untuk diperiksa semula oleh wakil - wakil parti atau pihak yang terbabit.
Senarai daftar ini akan dipamerkan dan tempoh 3 bulan diberi untuk mana - mana pihak yang mempunyai sebarang bantahan. Dan bantahan hendaklah beserta bukti yang sah.
Sama la dengan apa yang berlaku dengan isu Mismah ni. Baru ini la diorang nak sibuk - sibuk mempertikaikan mengenai warga asing dan sebagainya.
Takkan selama ni diorang tak tahu sistem ni? Kalau diorang betul - betul buat kerja, isu seumpama ini tidak akan timbul.
Mana ada Negara lain yang pamerkan senarai daftar pemilih ini untuk disemaka sebelum ianya diwartakan. Ini saja sudah menjadi bukti bahawa SPR memang terbuka.
Tapi puak - puak Pakatan Pembangkang tu saja je buat - buat buta. Diorang dah kantoi tak buat kerja, nak salahkan orang lain pulak!!! Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.