Muncung sampai ke seberang. Kalau orang kata, muka masam macam ni boleh buat asam keping. Tapi memang itu lah perasaan Si Nurul Izzah ni.
Semakin hari, semakin berkerut dahi dia melihat perkembangan semasa dikawasan dia sendiri. Mata dia semakin merah menengok Datuk Raja Nong Chik buat kerja.
Mata dia merah bukan sebab dia tahan marah. Tapi sebab dia menahan sebak mengenangkan nasib diri dia sendiri.
"Kenapa aku tak boleh buat macam tu ye?" Mungkin itu persoalan yang ada dalam benak hati Anak Kesayangan Si Ketua Penipu ni.
Tapi nak buat macam mana. Papa dia didik dia jadi pemimpin supaya pandai menipu. Bukan suruh pandai buat kerja untuk rakyat!!!
Sekadar Hiasan |
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Parti Progresif Penduduk (PPP) Bahagian Lembah Pantai terus mengajak masyarakat memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini apabila meneruskan tradisi mengagihkan 1,000 Jalur Gemilang kepada pengguna kenderaan di Brickfields, di sini hari ini.Sukarelawan PPP yang diketuai oleh Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan pada program mengagihkan Jalur Gemilang itu kelihatan lebih bersemangat apabila mereka turut disertai oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.Raja Nong Chik berkata, sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini lebih bermakna kerana disambut serentak sempena sambutan hari raya."Walaupun ramai yang sudah pulang ke kampung halaman masing-masing, semangat mengibarkan Jalur Gemilang masih terus membara dan itulah yang seharusnya dikekalkan," ujarnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.