"Haduh!!! Rosak Lagi Rancangan Aku!!!" |
Halamak ai!!! Si Ketu Penipu tu baru nak cari helah baru untuk menangguhkan kes dia minggu depan. Dah ada yang bocorkan rahsia.
Tapi yang bocorkan rahsia tu pun bukan orang lain. Bekas kawan baik dia jugak yang pecah lobang. Bukan calang - calang orang.
Mungkin disebabkan Datuk Nallakarupan ni memang dah masak sangat dengan perangai Si Ketua Penipu tu, maka sebab itu la dia tau helah apa yang akan digunakannya nanti.
Lagi pun, kita bukan tak tau. Dah nama pun Si Anugay tu Ketua Penipu. Jadi memang dia dah tak de kerja lain. Menipu tu je la kerja dia pun!!!
Ps: Berani ke agaknya Si Ketua Penipu tu nak panggil 12 orang saksi yang menawarkan diri sebelum ini? Kita tunggu dan lihat nanti.
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mencari helah untuk menangguhkan kes liwat yang dihadapinya meskipun hakim telah mengarahkan beliau memberi keterangan bela diri, Isnin depan.
Katanya, tidak mustahil apabila menjelang sahaja tarikh tersebut, ketua pembangkang itu secara tiba-tiba akan jatuh 'sakit' sehingga memerlukan rawatan segera di hospital bagi membolehkan cuti sakit dikeluarkan sekali gus perbicaraan terpaksa ditangguhkan.
Katanya, beliau berani membuat jangkaan tersebut kerana selama tiga tahun kes liwat itu dibawa ke mahkamah, Anwar berulang-kali membuat pelbagai helah sehingga memaksa kes berkenaan ditangguh lebih 50 kali oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
"Saya seperti juga seluruh rakyat Malaysia mahu melihat kes ini diselesaikan dengan segera bagi memberi keadilan bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Namun, mengenali Anwar saya percaya beliau akan cuba bermain helah.
"Sebab itu sehingga sekarang dia gagal mengemukakan saksi dan alibi bagi kes ini, sebaliknya cuba mengheret Perdana Menteri dan isteri bagi memperdaya rakyat kononnya wujud konspirasi. Tapi bila saya dan beberapa rakan menawarkan diri menjadi saksi tidak pula dipanggil.
"Kami adalah saksi yang relevan kerana saya sendiri boleh mendedahkan banyak perkara mengenai Anwar di mahkamah. Siapa lagi mangsa Anwar saya boleh nyatakan satu persatu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nallakaruppan yang juga bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun berkata, ketua pembangkang itu perlu mengambil peluang daripada keberkatan bulan Ramadan ini untuk menyucikan diri bagi menghadapi kes liwat tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab.
Tambahnya, dalam usia yang sudah melewati 60-an, ketua pembangkang itu tidak boleh lagi hanya memikirkan tentang kepentingan peribadi, sebaliknya beliau perlu memikirkan tentang masa depan agama, bangsa dan negara yang telah banyak dirosakkannya selama ini.
"Anwar sepatutnya menjadikan peluang membela diri ini bukan sahaja medan membersihkan diri, tetapi untuk menginsafi kembali segala tindak-tanduk yang telah banyak membawa kerosakan kepada negara semata-mata demi bergelar Perdana Menteri," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.