Wah!!! Bukan main lagi dia ye. Kalau hak dia, mati - matian dia nak perjuangkan. Tapi bila tiba hak orang lain, kenapa dia nak nafikan pulak?
Ini yang pelik dengan anak kesayangan Si Ketua Penipu tu. Apa hak dia nak mengugurkan hak orang lain yang ada didalam Malaysia ni? Macam la dia tu bagus sangat.
Semalam dia tuntut agar Perdana Menteri menunaikan tujuh tuntutan Pakatan Pembangkang sebelum mereka menyokong cadangan Penubuhan Jawatan Khas Parlimen.
Tapi dalam masa yang sama, dia jugak turut mempertikaikan hak mengundi yang diberikan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Menurut kenyataan itu lagi, tiada apa juga yang menghalang BN daripada memperbaiki kecacatan terdapat pada senarai pengundi dibangkitkan hingga ke hari ini, yang telah menghakis kebolehpercayaan kepada SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.
“Justeru, Kerajaan Pusat perlu adakan perbicaraan awam demi mendengar kes di mana nama pemastautin tetap dimasukkan ke dalam senarai pengundi, setelah dijadikan warganegara,” katanya.
Hah! Cuba tanya dia balik. Kenapa pemastautin tetap yang dapat kerakyatan ini tidak layak untuk mengundi sedangkan diorang dah jadi warganegara Malaysia?
Kenapa pulak puak - puak Pakatan Pembangkang ni nak halang hak tersebut daripada mereka sampai nak kena adakan perbicaraan awam dan sebagainya?
Diorang dah layak menjadi warganegara Malaysia, jadi apa salahnya kalau diorang juga diberikan hak untuk mengundi.
Diorang ni bukan apa sebenarnya. Diorang rasa, dengan adanya warganegara baru ni, maka mereka akan kehilangan kelebihan dalam Pilihan Raya dimasa akan datang.
Mungkin mereka beranggapan bahawa warganegara Malaysia yang baru ni tidak akan mengundi mereka didalam Pilihan Raya nanti.
Cuba kalau warganegara tersebut semuanya mengundi mereka, adakah pertikaian tersebut akan timbul? Tak denya de. Mesti benda tu takkan timbulnya.
Nampak sangat amalan 'double-standard' dan menklasifikasikan rakyat mengikut kasta ni menjadi amalan dikalangan puak - puak Pakatan Pembangkang ni.
Itu ke yang diorang kata sebegai Keadilan yang nak dibangga - banggakan sangat dek Nurul Izzah ni? Itu Keadilan Kepala Tengkorak Dia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.