Fuh!!! Lain macam dah budak - budak sekolah zaman sekarang ni ye. Tak puas hati punya pasal sampai berperang - perang.
Kalau setakat 'gedebuk-gedebak' pakai tangan kosong tahan lagi. Ini siap dengan senjata bagai. Baru betul - betul gila kalau macam ni.
Apa nak jadi la dengan budak - budak zaman sekarang ni ye? Mak ayah susah - susah hantar pergi sekolah, diorang bantai buat kerja bukan - bukan.
Ini semua pengaruh dari pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang tu la gamaknya. Asal tak puas hati sikit, buat demo. Lepas tu bergaduh dengan pihak berkuasa.
Tak heran la kalau budaya macam ni yang nak diterapkan dek diorang untuk jadi ikutan rakyat dimasa akan datang.
Tapi, bila kena batang hidung sendiri tau pulak diorang marah. Tau pulak diorang kecam dan kata ianya bukan cara menyelesaikan masalah.
Pandai pulak diorang pusing cerita. Padahal, diorang jugak yang ajar semua benda tu. Bila dah kena pada diri sendiri, Baru Padan Dengan Muka Diorang!!!
KUALA LUMPUR: Empat pelajar sekolah menengah parah selepas diserang lebih 30 pelajar sebuah sekolah menengah lain yang sebahagiannya bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, semalam.
Kejadian berlaku ketika waktu pulang sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari di pekarangan sebuah sekolah di Bukit Nanas, di sini.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati antara dua kumpulan pelajar terbabit.
“Empat pelajar yang cedera itu berusia 17 tahun. Seorang cedera di kepala, seorang retak tangan kanan manakala dua lagi cedera di beberapa anggota badan.
“Mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, semalam.
kalau mak bapak samseng
BalasPadamanak anak juga samseng
cucu juga samseng
jadi satu keturunan samseng
Budak budak sekolah sekarang tak boleh dicuit, menyeranglah mak bapak .........................