Ini macam baru la betul. Baru la orang boleh hormat dia sebagai seorang artis. Tak payah suruh - suruh, dia buat sendiri je.
Tak de la macam orang lain tu. Cakap je pandai, tapi buat kerja tak reti. Semua benda nak kena suruh. Semua benda nak kena ajar.
Nak harapkan diorang buat sendiri, mimpi je la. Tapi nama je jadi pemimpin masyarakat. Semangat cintakan Negara semuanya 'Zero'!!!
KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Adira Suhaimi, 21, atau Adira (AF8) gemar mengibarkan Jalur Gemilang setiap kali menjelang sambutan hari kemerdekaan negara yang jatuh pada 31 Ogos setiap tahun.Jelas Adira, sejak kecil dia dan keluarga bersemangat mengibarkan seberapa banyak Jalur Gemilang di kawasan rumahnya di Kota Kinabalu, Sabah."Kami sekeluarga memang akan memasang Jalur Gemilang sebanyak mungkin pada bulan Ogos untuk menunjukkan semangat kemerdekaan."Saya rasa ada lebih 50 Jalur Gemilang yang bersaiz kecil di pasang di sekeliling kawasan rumah dan beberapa bendera besar dikibarkan di hadapan rumah termasuk bendera negeri Sabah," tuturnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Merdeka Astro, di sini, Isnin.Turut hadir pada majlis tersebut ialah Fina, Erul, Aida, Burn dan beberapa penyampai radio Era dan THR Raaga.Tambah Adira, biarpun belum dapat menyumbangkan jasa kepada negara tercinta, Adira menganggap sambutan dan semangat menghargai kemerdekaan perlu ada pada setiap generasi muda."Sebagai anak Malaysia sudah tentu saya ingin menyumbangkan jasa kepada negara, biarpun masih belum berpeluang namun sebagai mewakili generasi muda saya sentiasa menghargai nilai kemerdekaan ini."Sebagai artis saya masih boleh menyumbang dengan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia," katanya.Mengimbau kenangan ketika waktu persekolahan, Adira mengakui sering mengikuti program kemerdekaan yang dianjurkan sekolahnya."Semasa di sekolah dahulu, saya banyak menyertai program dan pertandingan nyanyian, lakonan dan koir tentang kemerdekaan di sekolah."Pada saya biarpun ia sekadar suka-suka tapi sedikit sebanyak, ia membuatkan kita faham tentang apa itu kemerdekaan," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.