Ahad, September 11, 2011

"Haiya, Macibai!!! Mana Gua Punya Kerusi Maaa!!!"

PETALING JAYA:  Dua komponen Pakatan Rakyat – PAS dan DAP – masing-masing mengatakan akan bertanding 25 dan 15 kerusi DUN Johor dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Ketua PKR negeri Datuk Chua Jui Meng masih membisu mengenai perkara tersebut.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamed menegaskan parti itu sedia melepaskan enam atau tujuh kerusi kepada DAP dan PKR.

Ini adalah ekoran dari kemahuan PKR dan DAP yang mahu bertanding di lebih banyak kerusi di negeri kubu kuat Umno.

PAS bertanding 34 kerusi DUN  dalam pilihan raya edisi 2008. Beliau turut menambah bahawa calon bukan Melayu akan turut bertanding untuk PAS kali ini.

Calon bukan Melayu

“Calon bukan Melayu akan bertanding di Tiram atau Puteri Wangsa,” katanya. R Kumutha bertanding atas tiket PAS di Tiram tetapi kalah dalam pilihan raya lepas.

Sementara itu, ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau memberitahu FMT bahawa DAP akan bertanding di 15 kerusi DUN.

“Berdasarkan situasi semasa kita mungkin juga akan bertanding di dua kerusi DUN lain,” jelas beliau ketika ditanya mengenai perancangan DAP di dalam PRU edisi ke-13.

Beliau turut menjelaskan isu berkenaan pengagihan kerusi parlimen. “PKR telah bertanding 11, PAS sembilan dan DAP enam. Kita (DAP) mahu tambah satu atau dua kerusi lagi,” jelas Dr Boo yang juga Adun Skudai.

Deja vu

PKR Johor enggan memberitahu jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu tetapi pengerusinya berkata,  beliau berasa deja vu untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Saya telah bertanding dan menang sebanyak lima kali di kerusi parlimen Bakri,” kata Dr Chua berkenaan pengalaman lampaunya ketika bersama MCA.

“Namun jika kepimpinan parti (PKR) mahukan saya, maka saya akan bertanding,” kata beliau.

Bekas menteri kesihatan tersebut turut mendakwa bahawa kekalahan MCA di kerusi Bakri pada tahun 2008 adalah kerana pemilihan calon yang tidak sesuai.

“Ramai pihak di Bakri memberitahu saya bahawa mereka undi DAP kerana saya digugurkan dari senarai calon,” tambah Chua lagi.

MCA mencalonkan Tay Puay Chuan tetapi beliau tewas kepada Er Teck Hwa dari DAP. Sumber dari FMT.

Ps: Nampak sangat Si Chua Katak ni tak yakin yang puak - puak Pakatan Pembangkang tu mampu menawan kubu kuat Barisan Nasional di Johor.

Sebab itu la dia enggan memberi sebarang kenyataan mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi PKR dalam PRU akan datang.

Dah jelas sangat diorang ni sebenarnya gila kuasa je sebenarnya. Bukannya nak berjuang untuk rakyat pun!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping