Rabu, September 21, 2011


KOTA BHARU: Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. 

Katanya, jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

"Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Bagaimanapun kata Mohd Asri, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan. 

"Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa," katanya. 

Dalam kertas kerjanya bertajuk "Hudud suatu Perbincangan: Tanggapan, suasana dan Keberkesanan", Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat. 

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya. 

Beliau berkata, kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara. - BERNAMA

Ps: Hah! Macam mana? Rasanya boleh ajak Dr. Asri ni berdebat dengan Mursyidul Am PAS tu kot. Debat ni pun bukan salah. 

Bak kata Si Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim tu, debat ni ilmiah. Jadi apa nak takut. Rasanya bagus sangat dah cadangan tu. Macam mana? Ada berani???
Categories: ,

6 ulasan:

  1. ..amat sangat menyokong Nik Aziz berdebat dgn Dr Asri..ada berani ke..kalau setakat berceramah seorang diri depan penyokong taksub totok tu boleh le..kalau dgn Mohd Nor Deris pun dia tarak berani, inikan pula dengan bekas mufti..

    ..baru boleh dinilai tinggi mana ilmu dia.

    Cucu Tak Kenali

    BalasPadam
  2. Mungkin Dr Asri boleh jadi supervisor untuk N.ajis buat Phd.

    Ilmu tak cukup lagi kalau tengok atas kertas. Luar kertas lagi lah teruk N.ajis. Cakap merapu macam orang tua main taik!

    BalasPadam
  3. wahabi debat dengan wahabi ... apa kes... debat la korg... hidup aswj

    BalasPadam
  4. saya percaya banyak yg tesirat dapat diuraikan melalui debat ini. saya harap yg berkenaan menerima cabaran ini dan di harap pihak media eloktrik dapat menyiar secara langsung supaya seluruh rakyat negara ini menontonya kerana pada sya ini debat of the year.

    BalasPadam
  5. ..kalau Nik Aziz berani , ia akan jadi Debat Abad 21..yang pasti dia tidak berani sebab isu Hukum Hudud itu hanya bahan permainan politik semata2. Hj Hadi dan Dr Zul sendiri telah buat U- Turn untuk perjuangkan Negara Berkebajikan. Nik Aziz sekadar peragat nasi basi untuk beri makan rakyat Kelantan yg masih taksub totok kpd PAS dan beliau..

    BalasPadam
  6. salam...

    perdebatan bukanlah hendak mencari siapa menang dan siapa kalah...

    yang penting hasil perdebatan itu nanti mampu untuk membongkar kebenaran...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping