Hek eleh!!! Entah memenda la Si Mahfuz Bean...ngai sekor ni. Si Mat Syabun tu yang kena tahan dek Polis, dia pulak yang meroyan. Apa ke pasalnya?
Kononnya, tindakan pihak Polis menahan Si Mat Syabun tu semalam bercanggah dengan pembaharuan Politik yang diumumkan oleh PM baru - baru ni.
Atas dasar itu, puak - puak Parti Angguk Saja tu menggesa agar tindakan perundangan terhadap Mat Syabun tu digugurkan hari ini.
Awal petang semalam, Si Mat Syabun tu telah ditahan untuk diambil keterangan di Ibupejabat Polis Kontijen Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan Polis.
Si Mat Syabun tu ditahan sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur jam 7.30 petang.
Dia dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan kejam Komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.
Si Mahfuz Bean...ngai tu berkata, apa yang diperkatakan oleh Si Mat Syabun tu cuma satu pandangan dia sebagai seorang pemimpin Politik.
La! Orang Politik ke Si Mat Syabun ni? Bukan ke dia Timbalan Presiden sebuah parti yang mendabik dada sebagai pejuang Islam?
Si Mahfuz Bean tu jugak cakap, kalau pentadbiran Perdana Menteri merasakan ianya satu kesilapan, maka tindakan yang sama jugak perlu diambil terhadap beberapa individu lain.
Dengan menamakan Prof. Dr. Zainal Kling dan Tun Dr. Mahathir, Si Mahfuz ni menggesa agar tindakan yang serupa dikenakan ke atas mereka.
“Jika pandangan Mohamad Sabu dikatakan mengguris hati ramai orang, saya juga merasakan pandangan Prof Zainal dan Dr Mahathir juga telah mengguris ramai orang... apakah tindakan juga diambil ke atas mereka,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.
Alahai!!! Sayang sangat la konon dia dengan Si Mat Syabun ni ye. Sampaikan dia terasa sangat bila Si Mat Syabun tu kena tahan.
Dia tak tahu ke yang Si Mat Syabun tu ditahan kerana menimbulkan khianat awam melalui ucapan dalam ceramah dia?
Sebenarnya, Si Mahfuz ni sendiri pun tak faham apa pertuduhan yang dikenakan terhadap Si Mat Syabun tu. Dia main cakap je sesuka hati dia.
Apa sebab pulak pihak Polis nak mendakwa Prof. Dr. Zainal Kling dengan Tun Dr. Mahathir ni? Ada laporan Polis ke yang dibuat untuk mendakwa mereka?
Kalau tak ada, jangan la nak menyalak benda yang bukan - bukan. Sedar la diri sikit. Yang Si Mat Syabun tu bodoh sangat main cakap ikut sedap mulut dia je menda kejadahnya.
Sekarang terima je la habuannya. Orang dah cakap. Kerana Pulut santan binasa, kerana mulut Padan La Muka!!!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKepala dalam gambar nie kena belajar banyak g..hehe
BalasPadamAku dah dapat USD$ 18.40 semalam..Best!!
[Klik Sini]Jana Pendapatan Online PERCUMA [Dibayar Dalam USD]
Mahpos ni sebenarnya nak bagi orang ingat kat dia saja...bukan pasai dia sayang sangat kat Mat Sabun ni!
BalasPadam