Mak Ai!!! Sampai macam tu tahapnya Si Biawak ni punya cita - cita ye? Patut la dia suka sangat anjurkan pertandingan Bikini dekat Pulau Pinang tu.
Rupanya dia ada hati nak jadi Hugh Hefner, jutawan yang mengasaskan Majalah Playboy tu sebenarnya. Maklum la, Hugh Hefner tu kan selalu dikelilingi oleh perempuan cantik.
Mungkin itulah gambara yang paling tepat yang dapat kita berikan bila baca pandangan dari Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang ni.
Kata dia, tindakan Si Ketua Menteri Biawak tu ibarat macam seorang kekasih yang suka mengorat perempuan dan meninggalkannya.
PULAU PINANG 18 Sept. - Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sering menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jika tercetus sesuatu isu di negeri ini disifatkan seperti seorang kekasih yang hanya pandai memikat gadis tetapi tidak bertanggungjawab.Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, rakyat perlu sedar bahawa kebanyakan kenyataan atau pengumuman mengenai dasar pentadbiran yang dibuat Guan Eng hanya mahu menarik perhatian mereka sedangkan hakikatnya ia sekadar indah khabar daripada rupa.Menurut beliau, apabila sesuatu dasar atau keputusan yang dibuatnya tidak berjaya, Guan Eng mengelak untuk bertanggungjawab dan akan menuding jari terhadap pentadbiran kerajaan BN tiga tahun lalu."Dia (Guan Eng) seperti seorang jejaka yang sentiasa memikat kekasihnya dengan mengatakan dialah paling hebat dan terbaik."Pada suatu hari, kekasihnya mengadu bahawa dirinya mengandung dua bulan tetapi dia terus menuduh kekasih lama gadis itu yang telah berpisah tiga tahun lalu sebagai bertanggungjawab," katanya.
Dah dia mengorat perempuan tu dengan segala pujuk rayu, lepas tu dia buat - buat tak tau pulak. Ditinggalkannya begitu sahaja.
Bila disuruh ambik tanggungjawab, dia tuduh pulak orang lain punya angkara. Bila tanya, itu bukan salah dia katanya. Itu salah Kerajaan Negeri terdahulu konon.
Habis, apa tanggungjawab Kerajaan negeri sekarang yang dipimpin oleh dia? Takkan duduk goyang kaki je kot?
Nampak sangat la puak - puak DAPigs ni memang suka mempermainkan minda rakyat dan suka mendabik dada kata merekalah yang terbaik.
Padahal, apa yang diorang cakap tu semuanya palsu belaka. Janji setakat dibibir, tapi buatnya lansung tak pernah. Sebab itulah orang tuduh dia sebagai biawak sebab biawak lidah bercabang, memang suka cakap berbelit - belit!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.