Sabtu, September 10, 2011


Mungkin aksi diatas menjadi ilham kepada Si Mat Syabun ni bila pihak Peguam Negara selesai buat kerja diorang nanti.

Kalau hari tu, Si Ambiga tu dah beli beg besar yang mampu memuatkan diri dia, kali ini ianya dihadiahkan pula kepada Mat Syabun.

Mana tidaknya. Pihak Polis sekarang tengah tunggu keputusan dari Peguam negara untuk menangkap dan mendakwa Si Mat Syabun ni berikutan kenyataan dia.

Tak pasti la siapa yang mampu nak angkat beg tu nanti. Bukan sebab Mat Syabun tu besar. Tapi disebabkan penipuan dia besar, maka sebab itulah ianya tak dapat disembunyikan.

Apa la nasib puak - puak PAS ni dapat pemimpin yang Penakut macam Si Mat Syabun ni ye. Ada yang boleh memperjuangkan Agama, disingkirkannya. Sekarang, baru padan muka diorang!!!
KUALA LUMPUR – Polis kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara, selepas kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong dihantar kelmarin. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan dihantar sudah dilengkapkan bersama maklumat hasil siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam. 


“Kita sudah jalankan tugas dan hanya tunggu arahan daripada pihak atasan, sama ada untuk tindakan selanjutnya. 



“Terpulang kepada pihak Peguam Negara untuk menentukan bentuk tindakan terhadap kes itu, selepas menilai kertas siasatan yang diserahkan,” katanya pada sidang akhbar semalam. 



Kelmarin Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan kertas siasatan berhubung kes dihantar ke Bukit Aman kelmarin untuk diteliti dan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya. 



Menurutnya, keterangan Mohamad Sabu direkodkan pada Ahad lalu, manakala sebanyak 68 kenyataan turut diambil termasuk daripada pemberita, saksi bebas serta individu yang membuat laporan polis terhadapnya. 



Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail turut melahirkan rasa kecewa serta kesal terhadap tindakan Mohamad Sabu yang dilihat cuba memutarbelitkan fakta sejarah. 



“Kita tidak tahu apa motif beliau. Jika dilihat kepada jumlah 4,643 bilangan individu yang terkorban termasuk polis, askar dan orang awam pada kedua-dua fasa darurat ketika zaman Komunis, beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu. 



“Orang ramai juga boleh menilai sendiri, apakah wajar atau tidak tindakan tersebut (mengeluarkan kenyataan),” katanya. 
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Sekiranya mat sabu didapati bersalah dan dipenjarakan, pihak yg masih benar2 perjuangkan islam dalam PAS pastinya akan bersukur kerana saekor biawak hidup telah dihapuskan dari belakang parti mereka.

    BalasPadam
  2. PAS kalau naka cari "PEMIMPIN" setarap muka macam kena baling acid dan mempinyai product knowledge macam Pengkhalwat Mat Sabu ni melambak.

    Satu masuk dalam, berlori menunggu diluar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping