Selasa, September 13, 2011


KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Jins Shamsuddin menafikan beliau menghasilkan filem Bukit Kepong tiga dekad yang lalu berdasarkan perspektif dan mengikut ‘selera’ Umno sebagaimana didakwa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini.
Malah, beliau juga mendakwa tragedi Bukit Kepong sebenarnya diarahkan oleh Ahmad Indera yang turut dikenali sebagai Mat Indera, yang dikaitkan sebagai ahli Parti Komunis Malaya (PKM).
Minggu lalu, keluarga Mat Indera menafikan dia seorang ahli PKM dan mahu kerajaan membersihkan namanya.
Sambil mengaku beliau seorang ahli Umno, Jins (gambar), 75, yang berasal dari Taiping, Perak mempertahankan beliau menghasilkan filem tersebut berdasarkan penyelidikan ke atas peristiwa bersejarah yang berlaku lebih enam dekad lalu.
Filem yang diarah dan dilakonkan oleh beliau sendiri serta diterbitkan oleh Jins Shamsudin Productions menerima tujuh anugerah pada Pesta Filem Malaysia Ketiga pada 1982.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu (Mohamad) bahawa filem itu dihasilkan berdasarkan perspektif Umno hanya kerana saya ahli Umno.
“Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun,” kata bekas senator ini.
Katanya, “saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis.”
“Malah, ahli keluarga (Ahmad) Muhamad Indera sendiri datang berjumpa dengan saya bagi berbincang mengenai filem ini,” katanya.
“Muhammad Indera terlibat secara langsung dalam serangan ini. Benar dia tidak membunuh dan ada menyuruh beberapa mangsa supaya melahirkan diri, tetapi hasil arahan dia yang menyebabkan 25 nyawa menjadi korban,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut beliau mengadakan sidang akhbar khas bagi mengulas kenyataan Mat Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong lebih enam dekad lalu.

Ps: Kalau Semut jadi Tan Sri Jins Shamsudin ni, dah lama dah Semut saman dia sebab sengaja memburuk - burukkan imej dan menyebarkan fitnah yang bukan - bukan.

Biar dia tau langit tu tinggi atau rendah. Jangan dia suka - suka bercakap ikut sedap mulut dia je. Ada jugak yang kena cili mulut tu nanti. Baru Padan Muka Dia!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping