Khamis, September 29, 2011


Kadang - kadang, bila baca blog Pro Pakatan Pembangkang ni pun ada bagusnya jugak. Boleh kita tengok betapa bengongnya diorang buat artikel.

Walaupun kedudukan Si Milo Sotong ni berada didalam ranking yang tinggi, tapi artikel dia sebenarnya boleh dijawab semula dengan cara yang mudah.

Dalam soal isu Hukum Hudud ni, nampak gayanya dia saja je buat - buat buta dengan kenyataan sebenar yakni Pakatan pembangkang sendiri takut nak melaksanakannya.
Artikel yang dibuat oleh Si Milo Sotong ni, kononnya nak memperlihatkan bahawa Datuk Seri Najib seolah - olah menolak bulat - bulat perlaksanaan hukum tersebut.

Tetapi, yang peliknya, kenapa dia tak nak 'highlight' kan kenyataan daripada Penasihat Agama Perdana Menteri mengenai isu tersebut?
Apa yang bezanya, Datuk Seri Najib tidak hipokrit seperti Si Ketua Penipu tu bila menyentuh isu Hukum Hudud ini. 

Si Anugay tu cuba untuk memesongkan isu sebenar dengan menyalahkan orang lain sedangkan dia sendiri pun takut dengan hukum tersebut.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. - Anwar Ibrahim
Persoalannya disini ialah, kenapa pada ketika itu, dia sendiri tidak membantah penolakan Tun Dr. Mahathir sedangkan dia merupakan Timbalan Perdana Menteri?

Malahan, pada ketika itu, dia yang beria - ia benar menolak perkara tersebut daripada dilaksanakan sepenuhnya?

Dan sehingga sekarang, Si Ketua Penipu itu takut nak membuat pendirian berkenaan dengan isu ini. Bukan ke dia sepatutnya perlu menyokong perlaksanaan hukum tersebut?

Jadi, kenapa dia tak buat kenyataan berkenaan isu ini secara terbuka? Kenapa dia perlu memutar belitkan cerita seolah - olah orang lain yang tak menyokongnya?

Nampak sangat Si Ketua Penipu ni pun menjadi kuda tunggangan DAPigs sahaja sebenarnya. Cakap je pandai diorang ni. Tapi bila suruh buat, HARAM Jadah jadinya!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping