Selasa, September 27, 2011


Aik!!! Heran jugak Semut tengok gelagat terkini Anak Kesayangan Si Ketua Penipu ni. Kenapa dia tetiba je boleh tersenyum sambil memuji Datuk Raja Nong Chik ni?

Apa yang membuatkan dia gembira sangat sampai senyum pun dah sampai ke telinga ni sebenarnya? Apa yang Datuk Raja Nong Chik dah buat? Meh baca artikel dibawah:

Baru-baru ni, Si NuruI Izzah, Anak Kesayangan Si Ketua Penipu tu buat kenyataan berikut melalui laman Twitter dia:
“Dominasi Ahli Parlimen Pakatan rakyat telah ubah operasi DBKL – melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan.”
Sentimen ini juga turut dikongsi oleh Si Tian Chuak melalui twit yang dihantar oleh dia sebelum ini:
“Kami gembira DBKL semakin mirip Pakatan. Kami Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan akan sokong apa-apa langkah untuk meningkatkan ketelusan.”
Sepeti biasa, bila ada je perkara baik yang berlaku di Malaysia, semuanya hasil usaha Pakatan Haprak. Hatta, DBKL bertambah telus dan mesra rakyat pun dikatanya kerana usaha Pakatan Haprak.
Nurul, Kerajaan selama ni memang mementingkan ketelusan dan rakyat dalam segala urusan, selaras dengan dasar YAB PM menerusi 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dan sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan dan DBKL sebagai agensi di bawah Kementerian, sudah tentunya dasar ini turut disokong Dato’ Raja Nong Chik.
Jadi, sebenarnya, bila ko puji DBKL, secara tidak langsung ko dan kawan-kawan Pakatan Haprak ko sebenarnya puji  dan iktiraf kepimpinan YAB PM dan Dato’ Raja Nong Chik.
Tapi kita memang dah masak dengan perangai  si Nurul ni. Kalau kat Lembah Pantai, apa sahaja usaha Kerajaan dan UMNO, semua dia mengaku usaha dia. Setinggan dapat tawaran rumah - tu semua usaha dia. Orang tua, OKU, orang miskin dapat bantuan – tu semua usaha dia. Yang paling lawak, masa ada kebakaran di Simpang Tiga Pantai Dalam, bila UMNO tempatkan mangsa di Dewan UMNO Simpang Tiga, sampai hati dia kata mangsa kebakaran tu ditempatkan di Surau Al Falah, kubu kuat PAS. Nak menipu pun Nurul, janganlah sampai tersingkap kain. Buruk sangat nampaknya!! Nak tahu lebih lanjut? Boleh baca di sini.
Oh, ingatkan apa sangat la tadi. Rupa - rupanya, dia sekadar nak masuk bakul angkat sendiri je sebenarnya. Nak tumpang 'Tui' kata orang Utara.

Bila pihak DBKL buat program yang macam ni, baru nak mengaku kata diorang buat kerja? Kenapa sebelum ni diorang tak terlintas pun nak angkat isu seumpama ini?

Kalau betul diorang yang bertanggungjawab dalam menggerakkan perkara tersebut, kenapa baru sekarang kita dengar? Kenapa tidak dari tahun 2009 hari tu lagi?

Bila orang dah buat, diorang pun nak tumpang nama jugak ke? Ceh!!! Pigidah!!! Orang dekat kawasan sendiri pun mengaku kata diorang tak buat kerja, lagi nak tumpang tuah orang.

Memang sah diorang ni tak sedar diri dan suka ambik kesempatan diatas tugas serta tanggungjawab orang lain.

Kalau nak harapkan diorang buat, mimpi je la. Kerja untuk rakyat HARAM satu pun tak terbuat dek diorang ni. Maklum la, diorang bukan tau buat kerja. Asyik menipu tu je la!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping