Rabu, September 21, 2011


Perbicaraan disambung semula dengan pihak Pendakwaan masih bertanya kepada saksi Pembelaan, Dr. Brain McDonald.

Mohd Yusof memulakan pertanyaan mengenai perbezaan diantara pengambilan sampel DNA kepada Dr. McDonald.

Dr. Brain menjelaskan bahawa dia bertanggungjawab menyelia mereka yang menjalankan kerja - kerja sebenar.

Mereka kemudian bertegang leher berkaitan dengan keterangan yang telah diberikan oleh Dr. Seah berkenaan dengan ujian DNA yang dijalankan.

Mohd Yusof kemudiannya menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan manual mengenai protokol makmal dalam menjalankan ujian tersebut.

Dr. McDonald kemudian diminta untuk membacakan sebahagian daripada dokumen tersebut yang berkaitan dengan protokol ujian.
Mohd Yusof: Adakah anda biasa menghadapi situasi dimana sel bukan sperma diekstrak dalam bentuk bukan sperma dan sel sperma hanya dalam sel sperma sahaja?
Dr. McDonald menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai pengalaman peribadi mengenai perkara seperti itu sepanjang hayatnya.

Jika tidak, kata Mohd Yusof, perbezaan dalam mengambil sampel boleh membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mohd Yusof kemudiannya membacakan petikan dari dokumen yang jelas menyatakan komplikasi dalam pengambilan DNA terutamanya berkaitan dengan kes serangan seksual.

Dr. McDonald tetap menegaskan bahawa Dr. Seah tidak memberikan bukti tentang mana - mana sel yang diperolehi. Dr. Seah hanya memberikan profil DNA sahaja.

Dr. McDonald juga turut menjelaskan bahawa beberapa slide perlu disediakan mengikut peringkat sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Sekali lagi, Dr. Brain McDonald cuba untuk menimbulkan keraguan dengan menyatakan bahawa 'sapuan' yang dibuat tidak memasuki atau menghampiri dubur Pengadu.


Jelas Dr. McDonald, bukti DNA yang diperolehi tidak menyatakan bahawa wujud semen daripada pengadu sendiri.

Ps: Macam mana dia tau yang ianya tidak menghampiri dubur Saiful sedangkan semalam dia kata dia hanya membaca laporan yang dibuat oleh Dr. Seah?


Lepas tu dia nak pertikaikan pulak yang semen dari Saiful tidak ditemui. Macam mana nak ditemui. Bukannya dia liwat diri dia sendiri!!!


Perbicaraan diteruskan. Kali ini, Mohd Yusof menyoal Dr. Brain Mcdonal mengenai pensijilan makmal.


Dr. McDonald telah memberitahu mahkamah bahawa makmal dan para saintisnya mempunyai akreditasi dibawah program Legasi.


Ini membenarkan makmal dan juga saintis terbabit untuk menjalankan ujian DNA ke atas sampel yang diambil oleh mereka.


Namun, kata Dr. McDonald, ia tidak memiliki sijil ISO 17025. Tambah Dr. McDonald, Dr. Seah sebelum ini menyatakan bahawa mereka mempunyai sijil tersebut.


Mohd Yusof kemudian mencabar McDonald untuk menyatakan bila Dr. Seah membuat kenyataan tersebut dan membuatkan McDonald terpaksa menyemak semula transkrip.


Mahkamah bersambung semula jam 2.15 petang bagi memberi laluan kepada pihak Pembelaan untuk menyemak semula transkrip.

1 ulasan:

  1. kantoi!!!! entah mana ler depa cekup si mcdonald nih...dia ingat senang2 nak kelentong dgn peguam2 Malaysia...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping