Haduh!!! Apa kena dengan Bekas Mufti Besar Perlis ni? Lepas satu, satu Kerajaan dibawah pemerintahan PAS dikritiknya.
Kalau semalam, dia kata perlaksanaan hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Negara ini. Inikan pula jika nak laksanakannya di Negeri lain.
Yang menariknya, dia cakap macam tu dalam satu Majlis yang telah dirasmikan sendiri oleh Mursyidul Am PAS di Kelantan.
Lepas tu, dia boleh pulak pertikaikan pemerintahan PAS di Kedah pulak. Kata dia, PAS Kedah GAGAL melaksanakan tugas mereka sebagai sebuah Kerajaan Islam selepas BN.
Bekas Mufti Perlis tu kata pentadbiran Pas di Kedah kerana tidak membawa sebarang perubahan terutama dalam meningkatkan syiar Islam.
Sejak PAS mengambil alih pemerintahan, mereka hanya mengekalkan dasar yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) tanpa membuat sebarang penambahbaikan.
"Kalau dalam hal ini, saya nak kritik Kedah, sebab itu saya kata Pas memerintah Kedah dengan BN memerintah Kedah, sama sahaja tidak ada sebarang perubahan," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada sambutan Hari Hududullah di Balai Islam Lundang di sini hari ini.
Perubahan teraju pentadbiran kerajaan Pas Kedah tetap tidak membawa sebarang erti kepada rakyat negeri ini kerana ketidakmampuan pakatan pembangkang untuk membentuk sebuah kerajaan yang baik.
Dalam perkara yang sama, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tempoh lebih tiga tahun mentadbir telah menyerlahkan kelemahan kerajaan Pas di Kedah.
Kkeadaan itu sukar diubah oleh mana-mana pemimpin parti itu biarpun diberi peluang menjadi Menteri Besar.
Menurut beliau, kemampuan untuk menjadi pentadbir yang baik bukan terletak pada individu semata-mata tetapi pada parti yang memerintah.
"Pendek kata, kalau jawatan Menteri Besar digantikan dengan orang lain pun, keadaan tetap sama. Kemampuan mana-mana pemimpin Pas tidak kelihatan," katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri 1Malaysia yang dihadiri kira-kira 30,000 pengunjung di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini.
Realitinya, kata beliau, rakyat Kedah tidak akan dapat menyaksikan nasib mereka semakin baik selagi berada di bawah teraju Pas.
Jadi, macam mana lagi puak - puak Parti Angguk Saja tu nak mendabik dada mengatakan bahawa diorang merupakan pejuang sebenar Islam dalam Negara ini?
Sedangkan di Negeri sendiri pun mereka GAGAL menyebarkan syiar Islam, inikan pulak kalau mereka berjaya mentadbir Negara kelak? Perjuangan Islam menda jadahnya macam tu!!!
nak kena dr asri ni dengan orang2 Pas.
BalasPadamKerajaan PAS Kelantan tersilap jemput dia bercakap, kut..?
BalasPadam..kerajaan Kelantan bukan tersilap jemput Dr Asri, tapi sebenarnya Allah yg hantar dia untuk beri tarbiah dan tunjuk ajar bagaimana nak laksanakan Hukum Hudud yg sebenar. Bukan Hukum Hudud PAS yg diluluskan tergesa2 atas dasar permainan politik. Allah Maha Mengetahui.
BalasPadamMat Kemboja
Alhamdulillah..moga2 kata2 Dr Asri beri kesedaran kpd para pemimpin2 dan ahli2 PAS. Mcm mana nak laksana hukum hudud ia bukan dari cinta kpd Allah tetapi lebih cinta kepada nafsu nak menag, nak kuasa >> politik sekular bukan medan untuk menegakkan hudud...hudud datang dari bila benar2 istiqamah kpd Allah, terutamanya di kalangan para 'pemimpin agama' bukan pemimpin parti politik guna agama nak pancing undi kerana nak kedudukan, nak kuasa.
BalasPadamDan hukum hudud ditegakkan kerana jujur, ikhlas 100% kerana Allah, lillahita'ala, bukan kerana bencikan UMNO yg rata2 dianggotai oleh mereka yg beragama Islam. Jadi niat sudah tak betul >> bila niat tak betul semua hancur >> maka sbb itu dgn mudah cita2 hudud itu dibuang begitu saja, sebab cita2 politik lebih penting. Nak nafi apa lagi PAS?..Terima jer la bulat2.. sedeqah buat korang semua.
BalasPadam