Selasa, Oktober 11, 2011


JOHOR BAHRU 10 Okt. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dianggap terus 'berhutang' selagi beliau tidak menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan memohon maaf secara terbuka kepada penduduk negeri ini.
Ketua Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor, Abdullah Md. Yusof berkata, selagi Guan Eng tidak berbuat demikian, seluruh rakyat negeri ini tidak akan memaafkannya.
"Isu Ketua Menteri Pulau Pinang yang memburuk-burukkan negeri ini sebenarnya belum selesai. Walaupun telah memohon maaf menerusi akhbar kepada Sultan Johor, beliau masih tetap menyalahkan media kerana memutarbelitkan kenyataannya.
"Kita mahu dia menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor dan seterusnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor yang amat tersinggung dengan kenyataannya yang memburukkan Johor dalam temu bual dengan media asing di Singapura baru-baru ini," katanya.
Kemarahan rakyat Johor yang belum reda terhadap Guan Eng memuncak semula apabila beliau dilaporkan datang ke Tangkak baru-baru ini bagi mencari sokongan politik.
Abdullah berkata, sebagai Setiausaha Agung DAP dan pemimpin yang merasakan dirinya hebat, adalah amat memalukan, biadap dan tidak bermaruah kerana sanggup datang secara 'curi-curi' ke Tangkak bagi mencari sokongan politik di Negeri yang didakwanya tidak selamat.
Justeru, beliau mengingatkan kira-kira 200,000 ahli gabungan NGO itu supaya tidak terpedaya dengan permainan politik Guan Eng.
Ps: Itulah padahnya kalau bercakap ikut sedap mulut je bila apa yang disampaikan tak pakai otak. Otak pulak letak kat kepala lutut. Sekarang terima la padahnya.

Yang lagi sialnya, ialah bila puak - puak DAPigs tu tak berani nak ambik tindakan terhadap perbuatan Si Biawak ni walau pun diorang kata yang diorang mengamalkan sikap Telus.

Malah diorang sanggup pulak mengugurkan hukuman terhadap Si Manaharam semata - mata untuk melepaskan Si Biawak ni dari sebarang tindakan.

Ini yang dikatakan sebagai Kreditabiliti, Akauntabiliti dan Telus? Bila kena batang hidung sendiri, semuanya hilang belaka. Telus Kepala Tengkorak Dia!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Semua sandiwara je. Lim Guan Eng buat kenyataan burukkan negara x diambil tindakan, tp Manoharan digantung 6 bln krn kritik bendera kebangsaan. Mentang2lah dia anak Lim Kit Siang, mana berani DAP tegur dia! Ni ke ketelusan dan akauntabiliti yg dicanang DAP & Pakatan Haprak?

    NURUL IZZAH: ANTARA BAZARIA PANTAI & BAZAR TOK GURU. Baca di sini!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping