Selasa, Oktober 11, 2011


Wah!!! Berani Dewan Pemuda PAS Kelantan ni 'sound' geng - geng kafir dalam parti diorang ek? Ingatkan pengecut macam Si Wali Terompah tu.
Harakahdaily turut memetik Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta Hu agar membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, Hu yang menerajui dewan itu lebih memahami dasar PAS berbanding dengan ahli-ahli biasa yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini.
Beliau juga mengingatkan Hu agar tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti.
Bahkan beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS  yang wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.
“Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan melalui perbincangan tertutup,” katanya dalam satu kenyataan.
“Saya melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku di Malaysia.
“Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS sama ada Presiden ataupun Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan bukan Muslim,” kata beliau.
Latif menambah, “pada hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah  pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan,” kata beliau.
Oleh yang demikian, katanya, Hu selaku ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS sewajarnya lebih bertindak ke arah memberikan penjelasan kepada bukan Islam agar tidak khuatir dan bimbang dengan pelaksanaan hukum hudud serta bukannya mengambil langkah untuk menyongsang arus dan membuat pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan parti.
Diorang tak takut hilang undi orang bukan Islam ke dengan mengeluarkan Amaran seumpama ini kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS ni?

Apa, diorang ingat, dengan bagi 'Amaran' macam tu boleh mentarbiahkan ahli - ahli PAS yang Kafir ni ke? Ingat DHPP tu takut sangat dengan diorang?

Adakah cara ini yang hendak digunakan oleh PAS dalam memberi tarbiah kepada mereka yang bukan beragama Islam mengenai hukum Hudud ni?

Adakah mereka fikir dengan cara 'Paksaan' dan 'Amaran' seumpama ini dapat menegakkan syiar Islam agar ianya terus berkembang di Malaysia?

Kalau dilihatkan, seolah - olah diorang nak mengajar ahli - ahli Kafir PAS tu supaya takutkan mereka daripada takutkan Allah S.W.T.

Mungkin itulah cara PAS bagi tarbiah kepada pengikut - pengikut diorang yang bukan Islam ni. Kalau tidak, tak de pasal la Pengerusi DHPP tu beria - ia menolak hukum tersebut!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. hmmm...
    aku ni anak jati kelantan....
    terus terang aku katakan bahawa orang2 cina di kelantan la yang paling susah nak terima Islam..
    tak caya...tanya pok nik....berapa ramai yg dah memeluk islam sejak lebih 20 tahun dia memerintah kelantan....tarbiyah la kononnya...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping