Sabtu, Oktober 15, 2011


AIDCNews – 14/10/11 – Jika benar seperti yang dikatakan peguam peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair bahawa Dr Thomas Hoogland adalah saksi pembelaan terakhir, bermakna pembelaan kes liwat Anwar itu berakhir dengan tiada alibi.

Sebelum ini di kalangan jentera PKR menwar-warkan Ketua Umum PKR mereka mempunyai pembelaan yang kukuh terutamanya alibi, iaitu individu-individu yang boleh tampil menjadi saksi yang mengesahkan Anwar tiada di tempat kejadian pada tarikh, masa dan tempat yang didakwa di mahkamah.

Namun begitu alibi-alibi Anwar sentiasa berubah-ubah, dari senarai awal, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar kepada Profesor Datuk Dr Mohamad Ariff Abdul Kareem, Hasanuddin Abdul Hamid, Noor Sham Abd Hamid dan akhirnya, tiada seorang pun ditampilkan sebagai saksi alibi.

Isnin ini, 17 Oktober, dijangkakan giliran pihak pendakwa menyoal balas saksi pembela terakhir, Dr Hoogland. Pendakwa dijangkakan akan menampilkan saksi-saksi lain yang berautoriti untuk mematahkan hujah-hujah doktor peribadi Anwar dari Munich, Jerman itu.

Perkembangan mutakhir ini juga menarik, apabila pihak Anwar sendiri secara sukarela membatalkan sapina dua saksi, iaitu Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bekas Ketua Polis Melaka) sebagai saksi pembelaan mereka.

Ada misteri yang tersembunyi di sebalik pengguguran dua nama yang cukup dikenali Anwar itu.

Bermakna, selepas selesai Hoogland, bermula lah episod terakhir, iaitu pihak pembela dan pendakwa membuat rumusan masing-masing, sebelum hakim memutuskan Anwar bersalah atau tidak.

Dalam pembelaan, selain Anwar yang memilih pendekatan membela tanpa bersumpah, iaitu dari Kandang Tertuduh, beliau dibantu oleh 6 saksi lain yang bukan alibi.

Mereka adalah Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, Dr David Wells, Dr Brian McDonald, Lim Kong Boon, Najwan Halimi dan Dr Thomas Hoogland.

Sedangkan pihak pendakwa semasa mahu membuktikan kes, pihaknya telah memanggil 27 saksi termasuk saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang memilih keterangan secara bersumpah, dari ‘Kandang Saksi‘.

Dari situ sudah nampak tidak balance.

Ps: Nampak gayanya, Si Ketua Penipu ni pun dah terperangkap dalam jerat dia sendiri berkaitan dengan isu kes liwat ni.

Tapi, bukan salah orang lain pun. Salah dia sendiri jugak. Yang dia bodoh sangat tu kenapa? Cara mudah ada, kenapa dia tak nak guna?

Serah je DNA dia kepada pihak Mahkamah. Benda semudah itu pun dia tak boleh buat. Jadi jangan la nak salahkan orang lain pulak!!!

2 ulasan:

  1. Bila di Sungai Buloh nanti bolih lah banduan2 di sana melantik si putar alam ni jadi Perdana Menteri mereka upaya dia ni tak kempunan nanti

    BalasPadam
  2. itu kalau ke sungai buluh? kalau sebalik nya macamana?taak bertanahlah kita.awak dah dapat teka siapa yang kayakan?penyokongnya akan MEMPERTAWAKAN kita..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping