Ini satu benda yang Semut pelik dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Konon, kata diorang, perjuangan diorang berlandaskan Islam.
Kalau ikutkan, diorang kata diorang la pejuang yang nak menegakkan syiar Islam sebenar dalam Malaysia ni. Orang lain tak boleh nak lawan diorang la kiranya.
Maka sebab tu la diorang berani mendabik dada nak memperjuangkan isu perlaksanaan Hukum Hudud di Negara ni walaupun ditolak oleh rakan sekutu diorang sendiri.
Malah, ahli kafir diorang sendiri pun mempersoalkan perlaksanaan hukum tersebut turut tidak diendahkan oleh mereka. Kononnya, nak tunjuk la diorang ni betul - betul komited.
Tapi, akhirnya terpaksa juga diorang tunduk dengan desakan DAPigs, 'Setuju Untuk Tidak Bersetuju' dalam isu tersebut. Komited sangat la KONON.
Bila cerita pasal isu Murtad pulak, sekali lagi diorang mendabik dada menyatakan yang diorang tak pernah berhenti memperjuangkan perkara tersebut.
Katanya, diorang tak pernah sekali pun memandang remeh dan melupakan agenda dalam membenteras isu gelaja murtad ni sejak dari dulu.
Tapi, bila ada cadangan untuk mewujudkan akta murtad, tiba - tiba diorang pulak jadi bisu pasal apa? Adakah salah untuk melaksanakan akta tersebut?
Apa pendirian mereka mengenai isu perlaksanaan akta murtad ni sebenarnya? Adakah mereka akan menyokong atau sebaliknya?
Sedangkan hari tu masa timbul isu mengenai DUMC dan agenda memurtadkan umat Islam pun diorang boleh tentang, inikan pulak nak melaksanakan akta Murtad ni.
Kalau setakat bercakap yang diorang ni 'Hero' dalam isu ni tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je jadi pejuang kalau macam tu!!!
KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemimpin utama Pas digesa supaya tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam yang semakin berleluasa di negara ini.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sokongan dan kerjasama daripada parti itu penting demi melindungi akidah umat Islam seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara.Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu tanpa mengambil kira perbezaan ideologi dan pegangan politik."Sebagai parti yang berlandaskan prinsip perjuangan Islam, Pas harus ke depan dalam hal ini untuk bersama-sama menangani masalah itu secara berhemah."Sokongan yang diberi harus dibuat tanpa memihak kepada kepentingan politik parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.Baru-baru ini, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria mencadangkan Akta Murtad bagi menghukum mereka yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam di negara ini.
Kenapa nak bentangkan satu satu undang undang syariah ...sepatutnya buat sekali gus iaitu hukum hudud merangkumi kesemua hukum syariah termasuklah murtad jadi tak perlulah berpuluh kali bersidang untuk meluluskan undang undang.
BalasPadam