Khamis, Oktober 20, 2011

AIDCNews – 20/10/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rayuannya terhadap pembatalan sapina Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor didengar terlebih dahulu oleh Mahkamah Rayuan sebelum pihaknya menyediakan hujah akhir kes liwat yang membabitkan dirinya dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Kami telah membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Datuk Mohamad) Zabidin (Mohd Diah) untuk membatalkan sepina yang diberikan kepada Najib dan Rosmah.
“Saya juga tidak mahu kes ditangguhkan lagi… tetapi Mahkamah Rayuan perlu mendengar rayuan saya terlebih dahulu. Dalam kes-kes lain, rayuan diputuskan dengan cepat,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini.
Lapor portal pro Anwar itu lagi Ketua Umum PKR juga turut mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman di Malaysia dan mempersoalkan kelewatan dalam mendengar kes rayuannya yang mencerminkan pendakwaan yang tidak adil.
Pada 6 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur memutuskan Najib dan Rosmah tidak perlu tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan kerana pihak Anwar gagal menunjukkan perkaitan dan kepentingannya kedua tokoh tersebut dengan kes liwat yang sedang dibicarakan itu.
Justeru itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah dalam keputusannya membenarkan permohonan Najib dan Rosmah yang diwakili oleh peguam mereka, Ghazi Ishak, Afifuddin Afifi, Salehuddin Saidin, Hisyam Teh Poh Teh dan M. M. Athimulan untuk mengetepikan sapina yang mengkehendaki mereka sebagai saksi pembelaan dalam kes liwat Ketua Umum PKR itu.
Ps: Eh la dia ni. Tak habis - habis lagi nak merayu je dah kerjanya. Macam tak de kerja lain la pulak. Orang dah tolak tu terima je la.

Dah korang tak de alasan kukuh nak panggil Datuk Seri Najib dan isteri dia ke mahkamah, akui je la. Bukannya salah orang lain. Itu semua keGAGALan peguam dia sendiri jugak.

Kenapa dia tak panggil isteri dan anak - anak dia sendiri untuk bagi keterangan di mahkamah? Bukan ke diorang kata yang diorang merupakan alibi utama Si Ketua Penipu tu?

Apa penting sangat diorang nak panggil Datuk Seri Najib bagi pembelaan kes liwat dia ni? Datuk Seri Najib tu dapat membuktikan dia tak meliwat ke?

Tak payah la. Semua orang dah tau corak permainan kau Nuar oi!!! Jangan la ingat orang kat Malaysia ni BODOH macam pengikut - pengikut Jaga Bontot ko tu!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping