TRIPOLI: Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi ditangkap pejuang revolusi negara itu di bandar kelahirannya di Sirte, hari ini, demikian menurut laporan televisyen Libya yang memetik Majlis Ketenteraan Misrata.
Gaddafi dilaporkan ditahan selepas berlaku pertempuran tetapi ada khabar angin bahawa bekas Presiden Libya itu terbunuh akibat cedera parah. Bagaimanapun, laporan penangkapan itu masih belum dapat disahkan badan bebas lain.
Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang kini memerintah Libya mendakwa Gaddafi bersembunyi di dalam lubang ketika tentera NTC melakukan serbuan.
Susulan berita itu, rakyat negara itu meraikan dengan membunyikan hon dan melepaskan tembakan bertali arus ke udara, menandakan kejatuhan pemerintahan 42 tahun pemimpin paling lama negara itu. - Sumber dari Agensi.
Susulan berita itu, rakyat negara itu meraikan dengan membunyikan hon dan melepaskan tembakan bertali arus ke udara, menandakan kejatuhan pemerintahan 42 tahun pemimpin paling lama negara itu. - Sumber dari Agensi.
Dalam masa yang sama, pihak AFP pula melaporkan yang Muamar Gaddafi dilaporkan terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Rejim berkenaan yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bahawa Gaddafi terbunuh dalam serangan terakhir di Bandar Sirte.
“Kami mengumumkan kepada dunia Gaddafi telah dibunuh oleh pasukan revolusi,” kata jurucakap NTC, Abdel Hafez Ghoga.
Lepas satu, satu Kerajaan Islam di Timur Tengah tumbang. Dan Muammar juga merupakan diantara pejuang - pejuang yang pernah menentang Israel satu ketika dulu.
Persoalannya, adakah mampu Kerajaan baru yang akan ditubuhkan nanti menjadi lebih baik daripada Kerajaan yang sebelumnya?
Kalau tengok apa yang berlaku di Mesir setelah tumbangnya Hosni Mubarak, keadaan Negara tersebut masih lagi tidak aman.
Ia ibarat bom jangka yang boleh meletup pada bila - bila masa. Negaranya tidak ada undang - undang. Kalau berlaku sebarang masalah atau jenayah, tiada siapa yang bertanggungjawab.
Harga barang keperluan pula meningkat naik berlipat kali ganda. Dalam ertikata lain, keadaan rakyat bukan bertambah baik. Tetapi bertambah buruk.
Jadi tak heran la kalau ada orang kata tak semestinya benda baru tu lebih baik dari yang lama. Yang lama pun tak semestinya dah rosak dan tak boleh dibaiki. Korang fikir la sendiri!!!
Agak-agak laa orang yg menyokong "demokrasi" kat Libya tu ada terfikir ke , adakah minyak libya akan dibeli dengan emas atau wang kertas oleh Negara Eropah iaitu polisi yang diperkenalkan oleh Gaddafi sebelum NTC naik. Yang mendapat tentangan hebat oleh US dan negara eropah lain . kini mereka boleh senyum balik hehehe
BalasPadamBukan menyokong gaddafi atau sesapa , mesir adalah contoh klasik yang mana harga barang melambung , takde undang-undang lagi dah dan pergaduhan antara agama tiba-tiba tercetus hrrmmmm