Sabtu, Oktober 22, 2011


Sebelum membincangkan mengenai spekulasi ini, Semut paparkan laporan media mengenai tindakan UIAM ke atas Si Aziz Bari ni terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjelaskan, tindakan menggantung tugas pensyarah undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor.
Rektor UIAM, Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Abdul Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan gajinya turut ditahan.
Beliau berkata, UIAM tetap membayar gaji Abdul Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.
"Saya tahu ada beberapa pihak yang melaporkan di dalam akhbar dan laman web bahawa beliau digantung dan tidak menerima gaji, serta dihalang dari memasuki UIAM. Itu semua tidak benar,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Zaleha berkata, Abdul Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lepas, dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas. – Bernama
Berbalik kepada persoalan diatas, insiden yang menimpa Aziz Bari ni sebenarnya adalah kes terpencil sama seperti insiden pensyarah dan kakitangan UniSel.

Ianya hanya digembar - gemburkan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu untuk sembunyikan agenda sebenar.

Harapan diorang, tindakan yang dikenakan ke atas Aziz Bari ni boleh melenyapkan tumpuan rakyat terhadap Perhimpunan Sejuta Umat yang dijadualkan esok.

Agenda ini memang jelas. Mereka dah tak dapat nak mempertahankan diri dari mengelak desakan dan pertikaian rakyat terhadap pendirian yang mereka buat sebelum ini.

Apa yang jelas, mereka dah terantuk batang hidung sendiri apabila ditanya kenapa mereka menyokong Perhimpunan Bersih dan tidak Perhimpunan Sejuta Umat ni.

Alasan yang mereka berikan ialah Penganjur Perhimpunan Sejuta Umat itu tidak mahu melibatkan mana - mana parti Politik. Maka sebab itu diorang enggan menyertainya.

Jadi macam mana pulak diorang boleh sertai Perhimpunan Bersih sedangkan Pengerusi Bersih, Si Ambiga tu dengan jelas menyatakan yang Perhimpunan tu tidak bersifat Partisan?

Persoalan inilah yang membuatkan puak - puak Pakatan tu semakin buntu untuk menjelaskannya kepada rakyat dan juga ahli - ahli mereka.

Nak pulak dengan puak - puak PAS. Pemimpin mereka kelihatan serba salah untuk menghalang ahlinya menyertai Himpunan esok kerana ianya jelas perjuangan Islam.

Maka atas dasar itulah mereka sengaja memperbesarkan isu mengenai Si Aziz Bari ni. Lagi pun, kita bukan tak kenal. Diorang memang pandai memutar belitkan keadaan demi kepentingan Politik mereka. Itu je la kerja diorang pun!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. AZIZ KENA JAWAB YANG ITU JER SEPATUTNYA. TETAPI SEKARANG DIA PUN NAK KENA DITANYA JUGALAH KENAPA DEMO TU BOLEH BERLAKU. ADAKAH TIDAK DIA CUBA MENGHALANG ATAU MENASIHATI ??? ITU PUN KENA JAWAB JUGALAH TU... SEBAB DIA MENUNJUKKAN SIKAP KERAS KEPALA MELAWAN KETUA TUUUUU .... LAWAN TU LAWAN LAAA.... TAPI JANGANLAH LAWAN DENGAN KERAS KEPALA......

    BalasPadam
  2. lebih baik jadi "babi hitam; dia ni..

    BalasPadam
  3. ulasan bodoh oleh semut hitam. Tahniah kerana berjaya memperbodohkan diri sendiri dan kawan2 pencacai yang lain

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping