Tahniah Semut ucapkan kepada puak - puak Pakatan Pembangkang di Negeri Pahang ni yang terus menyuburkan budaya bohong dikalangan rakyat.
Nak pulak dalam isu pembinaan Kilang Lynas di Gebeng yang masih lagi dijalankan oleh mereka selama hari ini.
Walau pun dah banyak kali pendedahan dibuat dan dengan jelas dibuktikan bahawa apa yang didakwa oleh mereka itu hanya bohong semata - mata, tapi mereka tetap teruskan juga.
Setinggi - tinggi tahniah juga sepatutnya diberikan kepada Si Fuziah 'Reaktor' ni kerana berjaya mendidik rakyat Pahang mengenai budaya seumpama ini.
Dia yang juga merupakan Ahli Parlimen lulusan Universiti Al - Juburi ni telah dengan jayanya memecah belahkan rakyat Negeri Pahang dengan dakyah bohong dia.
Bukan Semut yang cakap dia berbohong ye. Jangan salah sangka pulak. Yang cakap dia bohong dan sengaja memutar belitkan fakta ialah Ahli Parlimen PAS sendiri.
Sampai hari ni, Si Fuziah tu masih lagi tidak mampu bersemuka dengan Ahli Parlimen PAS ini atau mengambil sebarang tindakan mengenainya.
Macam dia mengiyakan pulak apa yang telah dinyatakan oleh Ahli Parlimen PAS tu mengenai dakwaan dia iaitu ianya hanya pembohongan semata - mata.
Tahniah penduduk 'Kuantan' yang hadir dalam perhimpunan pagi tadi kerana masih basah dikencing dek Si Fuziah ni.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.