Ahad, Oktober 09, 2011

Dia Lagi Banyak Tido Dari Menjaga Kebajikan Rakyat!!!

Ya!!! Kali ni, Semut sokong penuh apa yang dah dijelakan oleh Presiden PAS ni. Kata dia, Datuk Seri Najib tak faham konsep Negara Kebajikan.

Jadi, meh kita tengok, apa diantara alasan - alasan yang dia bagi untuk membuktikan yang PM tak faham konsep yang dimaksudkan tu:

KUALA LUMPUR, 9 Okt ─ PAS mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memahami konsep negara berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat apabila terus ‘menyindir’ langkah pihaknya termasuk yang terbaru ketika membentangkan Bajet 2012 kelmarin.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas negara berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional (BN) sehingga kini.
“Pertamanya negara berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti,” kata beliau.
“Keduanya negara berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.
“Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua,” kata Hadi sambil menambah, “nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan.”
Kalau itulah konsep Negara Kebajikan mereka, memang la Datuk Seri Najib tak faham. Yang Datuk Seri Najib tahu ialah menjaga kebajikan rakyat.

Konsep Negara Kebajikan PAS pulak ialah, rakyat tak perlu dapat apa - apa. Diorang tak perlu air, sebab Menteri Besar Kelantan pun boleh ambik air wudhuk tepi sungai.

Rakyat tak perlu Masjid sebab Si Wali Terompah tu boleh bersolat atas tanah depan rumah orang. Dan rakyat jugak tak perlu tanah sebab semuanya dirampas oleh pemimpin PAS.

Dan tak ketinggalan yang rakyat tak perlukan kenderaan mewah sebab hanya pemimpin diorang sahaja yang layak pakai kereta tersebut.

Itulah konsep Negara Kebajikan yang dimaksudkan oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu yang sebenarnya. Jadi memang tak salah la kalau dia kata PM tak faham!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. ...dan yg paling kita tak paham ialah kebajikan ahli2 pas yg mengorbankan duit mrk kpd parti pas dgn menderma sebanyak mungkin supaya pemimpin2 pas boleh bertanding sebagai calon & bila menang, yb2 pas boleh menikmati gaji & elaun yg lumayan, boleh membeli kereta2 mewah yg selama ni mrk tuduh pemimpin2 BN sj yg gemar guna (boleh check siapa yb2 pas yg telah beli kereta mewah), boleh membina banglo2 besar (bandingkan rumah2 mrk sebelum jadi yb) & yg penting boleh berbini ramai sbb duit dah banyak! bab menolong rakyat sorry! hal tu yb2 pas serahkan sepenuhnya kpd kerajaan sbb kesusahan rakyat ialah tanggungjawab kerajaan semata. mrk hanya pandai berceramah & membangkang! elokla begitu krn akhirnya pahala dikutip oleh kerajaan BN. yb2 pas hanya suka senangkan diri & penuhkan kocek sendiri serta membantu seorang dua orang mrk yg sekepala dgn mrk shj...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping