Semut masih pelik, kenapa puak Parti Angguk Saja ni masih tidak membuat sebarang pendirian berkaitan Akta Murtad yang disarankan oleh Tan Sri Harusani sebelum ini.
Apa yang dijelaskan oleh Presiden PAS hanya menjurus kepada Kuasa semata - mata, bukan kepada persoalan yang ditanya.
KUALA TERENGGANU 15 Okt. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) membayangkan bahawa Akta Murtad tidak diperlukan kerana perkara berkaitan murtad sudah pun terkandung dalam hukum hudud.Tanpa menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung usaha membendung gejala memurtadkan umat Islam, beliau berkata, apa yang penting sekarang adalah kuasa untuk memerintah.''Semua hukum sudah ada dan ia boleh dilaksanakan apabila tiba masanya kelak. Yang penting kita kena ada kuasa untuk memerintah. Sekarang ini siapa yang memerintah?"
Jika hukum murtad itu sudah termaktub didalam hukum Hudud, bermakna ianya secara tak lansung ada kaitan dengan orang bukan Islam.
Bukan ke murtad tu bermaksud 'keluar daripada agama Islam'? Jadi, dalam erti kata lainnya, Hudud ni ada kena mengena la dengan orang bukan Islam. Tak gitu?
Terbukti bahawa PAS masih GAGAL menjelaskan perlaksanaan Hukum Hudud tu kepada masyarakat bukan Islam. Apa yang dijelaskan hanya memutar belitkan fakta semata - mata.
Seperti persoalan yang dibangkitkan oleh seorang sahabat Semut sebelum ini; adakah benar hukum Hudud itu tidak ada kaitan dengan orang bukan Islam?
Bagaimana keadaannya jika dua orang pencuri, seorang beragama Islam dan seorang bukan ditangkap dalam masa yang sama?
Apa hukuman yang sewajarnya dikenakan ke atas mereka? Adakah pencuri yang beragama Islam itu sahaja yang akan dikenakan hukuman manakala seorang lagi akan terlepas?
Perkara ini sahaja sudah membuatkan puak - puak PAS GAGAL nak jelaskan kepada rakyat. Sedangkan didalam Al - Qur'an menjelaskan bahawa hukum tersebut adil.
Dan Islam itu juga adil kepada seluruh manusia, bukan kepada umat Islam sahaja. Tapi, tak tau la pulak kalau Islam PAS lain daripada orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.