Jumaat, Oktober 28, 2011


Halamak!!! Buat malu je la Si Khalid Gereja ni. Nak jadi 'Hero' konon. Tapi tak tau apa - apa pun dengan apa yang nak dikatakannya.

Kononnya, dia nak jadi juara la kepada isu yang berbangkit di Negeri Pahang ni. Tapi, dia pun main serkap jarang je sebenarnya. Sekarang, dah terperangkap diri sendiri.

MUSLIHAT semata-mata! Itu yang boleh dikatakan tentang desakan sebuah syarikat pembalakan terhadap kerajaan negeri Pahang agar menjelaskan segera tuntutan RM37.13 juta yang berkaitan dengan usaha mengeluarkan saki-baki hutan dari kawasan 10,000 ekar di Mukim Bebar, Pekan.
Ini kerana beberapa proses perundangan berkaitan dengan tuntutan itu belum lagi muktamad serta satu kes lagi yang melibatkan tuntutan oleh kerajaan negeri terhadap syarikat yang sama bagi mengetepikan penghakiman RM37.13 juta itu, yang perbicaraannya ditetapkan pada Januari 2012, di Mahkamah Tinggi Kuantan.
Tetapi, pengarah-pengarah syarikat ini dan disokong oleh beberapa pemimpin parti pembangkang cuba mewujudkan gambaran yang salah bahawa kerajaan negeri ingkar keputusan mahkamah dan melabel dengan teruk sekali kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Bagi menyokong gambaran salah ini, pelbagai usaha dilakukan. Terbaru, menganjurkan 'mogok lapar berganti-ganti' (minum boleh pula!) oleh 10 ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan di depan sebuah kuil di Segambut, Kuala Lumpur.
Semasa meninjau mogok lapar ini, seorang daripada pemimpin parti pembangkang yang juga ahli Parlimen di Selangor dilaporkan berkata, "Kerajaan negeri Pahang tidak hormat kepada undang-undang. Mahkamah telah pun membuat keputusan, janganlah mengaburi pihak awam. Bagi sebuah kerajaan negeri tidak mengendahkan langsung keputusan mahkamah… ia sama ada bangkrap atau terdiri daripada sekelompok samseng".
Demi meraih simpati umum, seorang lagi daripada 10 yang mogok lapar itu berjanji untuk menderma sekurang-kurangnya RM3 juta kepada badan-badan kebajikan jika kerajaan negeri Pahang membuat bayaran ke atas tuntutan tersebut.
Inilah tohmahan-tohmahan bagi menunjukkan keburukan kerajaan negeri Pahang. Sedangkan, mereka tahu, proses perundangan belum terhenti lagi. Betul, bahawa Mahkamah Tinggi Kuantan sudah memutuskan pada 25 Mei 2007 tentang pembayaran RM37.13 juta, dengan faedah lapan (8) peratus setahun berkuatkuasa mulai 31 Disember, 2000.
Bagaimanapun selepas itu, proses perundangan terus berlaku termasuk rayuan, tuntutan balas-tuntutan balas dan permohonan untuk semakan semula penghakiman oleh kedua-dua pihak, sama ada kerajaan negeri mahupun syarikat pembalakan tersebut.
Ini termasuklah pada 1 Disember 2009 lagi, apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan ketika itu, Datuk V.T.Singham memutuskan membatalkan tuntutan syarikat pembalakan yang sama ke atas Perhubungan UMNO Negeri Pahang - iaitu pemilik kepada kawasan hutan sudah kerja seluas 10,000 ekar berkenaan. 
Katanya, pihak Kerajaan Negeri masih enggan mengulas mengenai perkembangan kes tersebut kerana ianya masih dalam proses perbicaraan.

Kiranya, bagi mereka yang mempertikaikan mengenai kes ni, boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Dan Si Khalid Gereja tu pun tak terkecuali.

Itulah, lain kali, jangan suka - suka je nak masuk campur urusan orang lain. Buat la kajian dulu. Setakat bergantung kepada dakwaan sebelah pihak, akhirnya memalukan diri sendiri.

Pesan Semut, jaga je Negeri sendiri tu dulu. Jelaskan kepada rakyat, mana pergi duit sebanyak RM55juta tu dan kenapa Kerajaan Negeri boleh mengalami kerugian. Jangan sibuk - sibuk jaga tepi kain orang pulak!!! 

Baca Seterusnya, klik disini.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping