Rabu, Oktober 19, 2011


Fuh!!! Kalau kena gaya masa dalam sidang dewan, bukan main lagi diorang tolak kenaikan elaun ahli Parlimen. Macam - macam alasan keluar.

Buat mengabihkan duit cukai rakyat la. Semua ahli Parlimen tu dah kaya la. Duit boleh tumpu kepada bantuan lain la. Tapi, bila tiba diorang buat, semua boleh belaka.

Nak pulak dekat Selangor ni. Tak pulak timbul isu guna duit cukai rakyat. Tak timbul pulak pasal bantuan lain kepada rakyat.

Bila orang bangkitkan isu ni, mula la diorang nak Poo...sing cerita. Konon kata bukan semua orang dapat. Hanya ADUN tertentu je yang dapat.

Ceh!!! lagi la macam sialnya. Dah la pakai duit rakyat. Lepas tu bagi pulak tak sama rata. Tu semua alasan nak bagi pada konco - konco diorang la tu. Macam orang tak tau.

Diorang ni memang sah la setakat bercakap je pandai. Tapi bila disuruh buat, haram satu pun diorang tak tau. Nak kata diorang adil? Ini Adil Kepala Abah dia!!!
BN Selangor mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kenaikan elaun ADUN itu yang diluluskan Mac lalu bukan untuk semua wakil rakyat negeri itu.

NONE"Rang undang-undang berkaitan yang diluluskan adalah sebenarnya kenaikan elaun Adun secara tetap dan pada realitinya diberikan kepada semua ADUN sama ada beliau berprestasi tinggi atau sebaliknya. Bila rang undang-undang sudah diluluskan, isu itu tidak timbul," kata ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Satim Diman.

Rang undang-undang bagi meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan 1980) yang diluluskan pada 31 Mac lalu itu adalah untuk memberi kenaikan elaunan bulanan kepada setiap 56 ADUN  Selangor daripada RM4,11.79 kepada RM6,000 berkuatkuasa pada 1 Jan lalu, katanya bagi mengulas kenyataan Abdul Khalid pada Sabtu lalu bahawa elaun tambahan kerja akan diberi kepada ADUN Selangor yang memberi sumbangan kepada rakyat dan negeri.

Abdul Khalid dilaporkan berkata penambahan elaun ADUN seperti yang diumumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor lalu bukan melibatkan kenaikan bagi semua Adun di Selangor, dan elaun tambahan kerja itu merupakan satu insentif yang diberikan kepada ADUN  berasaskan kerja yang mereka lakukan seperti kerap melawat kawasan masing-masing.

Satim meminta Abdul Khalid menyenaraikan nama ADUN, baik daripada Pakatan Rakyat mahupun daripada BN, yang dianggap menunjukkan prestasi tinggi atau sebaliknya.

- Bernama
Categories: ,

1 ulasan:

  1. mcamana nk menilai sama ada audn tu rjn turun kwsn ke x? keh3..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping