Sabtu, Oktober 22, 2011


Ini satu lagi peel pemimpin utama Kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ni. Macam mana orang nak berenti menyerang kalau dikalangan diorang masih ada yang macam ni?

Nak kata diorang buat kerja tak pakai otak nanti, diorang marah pulak. Kata kita tak reti nak menghormati diorang sebagai pemimpin.

Tak dinafikan, kisah Pak Timbalan Menteri ni pun tidak kurang hangatnya. Semut sebelum ni hanya duduk perhatikan sahaja tindakan yang dia buat.

Tapi, semakin hari, semakin 'jelak' pulak tengok perangai Pak Timbalan Menteri ni. Nak kata dia tak pandai, belajarnya tinggi.

Sebelum ni, dia dilihat nak menjadi juara kepada pemansuhan AUKU yang turut menjadi agenda puak - puak Pakatan Pembangkang tu.

Konon kata dia dengan tindakan macam tu, semua pelajar Universiti ni boleh bertindak dengan lebih matang bila tiba bab Politik.

Tak kurang jugak, Pak Timbalan Menteri ni pernah mencadangkan Politik Baru atau yang dia panggil New Politics. Perkara tu turut dibentangkan dalam Mesyuarat MT.

Dia ingat, semua orang faham sangat la dengan agenda New Politics dia tu. Apa yang dia tak sedar, orang nak tengok kesan dari Politik Baru dia tu.

Sampai ke hari ni, tak nampak pun sebarang kesan. Malah nak kata pelajar - pelajar semakin matang dalam bab Politik pun tidak juga.

Jadi, sejauh mana berkesannya Politik Baru yang dia maksudkan tu? Pak Timbalan Menteri ni kena ingat. Orang sekarang bukan nak tengok orang tu pandai bercakap je.

Diorang nak tengok apa yang mampu dibawa oleh pemimpin tu. Kalau setakat bercakap, apa kejadahnya dia jadi pemimpin?

Tak nampak pun sebarang perubahan terhadap kecenderungan pelajar - pelajar Universiti tu untuk menyokong Kerajaan dan parti yang memayungi Pak Timbalan Menteri ni.

Atau adakah memang itu tujuan dia sebenarnya? Untuk tidak membawa kemenangan kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang?

Dalam isu mengenai Si Aziz Bari ni pun sama jugak. Dia kononnya nak tunjuk la yang dia ni nak jadi juara dalam isu ni.

Maka tak ketinggalan la dia mengecam tindakan UIAM yang menggantung Aziz Bari untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan yang dia buat sebelum ini.

Begitu lantang Si Pak Timbalan Menteri ni bersuara dalam isu ni. Apa yang herannya, dia senyap sunyi bila isu yang hampir sama diterima oleh pegawai Unisel sebelum ini.

Kenapa dia tak buat sebarang kenyataan mengenai pemecatan Naib Canselor dan pegawai - pegawai Unisel tu? Ke hanya Si Aziz Bari ni saja yang istimewa?

Kot ye pun nak buat Politik Baru dan sebagainya, jangan la sikap Pakatan Pembangkang tu yang jadi amalan Pak Menteri ni. Jangan la 'double standard'. Buat menyusahkan orang je.

Dia yang cerdik pandai pun tak tahu nak buat pertimbangan yang sewajarnya. Takkan dia yang pandai ni dah jadi pandir kot!!! Kot ye pun nak cari populariti, cari la cara lain!!!
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. inilah MUSANG BERBULU BABI yang terdapat dalam kerajaan... sapa tak kenal dia ni... cuma NAJIB jer yang masih buta...bukan sekali dia buat perangai... dah banyak kali dah... tu baru timbalan menteri! kalau menteri penuh dlm fotfolio tak tau laa nak cakap!!!

    BalasPadam
  2. Lt Kdr (B) Kasim bin Awang22 Oktober 2011 pada 4:27 PTG

    Najib PM Lembik sebab itu Pak Timbalan Menteri ni berani. Kalau zaman Mahathir tuan-tuan perkara macam ini b oleh berlaku ka? Pagi dia cakap paling lewat dia kena mengadap. Cara Mahathir bukan diktator tetapi cara untuk berpolitik dalam negara yang rakyatnya berbilang bangsa. Kalau Najib diam TPM sepatutnya panggil Pak Timbalan Menteri ni mengadap. Kalau Najib diam maknanya Najib pun tak kisah jika rakyat sentiasa persoal tugas sultan dan jika senario begini wujud negara tidak akan aman sampai bila-bila. Najib patut letak jawatan. Kita seru supaya PERKASA jadi parti politik dan mari kita semua undi PERKASA.

    BalasPadam
  3. Bukan Najib buta. Banyak yang Najib tau!Banyak juga yang Najib belajar dari Tun.

    Untuk Timbalan Menteri ni, jangan sangka langkah selalu kemas sampai masa akan sumbang juga.

    Ketika itu sebesar mana niru pun tak dapat nak tudung.

    Berhati-hati kami tahu siapa kamu dan apa tujuan kamu.

    Najib sahaja pilih kamu walaupun dia tahu siapa kamu. Patutnya kamu seorang yang ada perasaan insaf diri. Bukan kepentingan diri.

    BalasPadam
  4. Assalam
    Sebelum ini tak terasa nak kasi komen kat blog Semut tp kali ni terasa gatal tangan pulak untuk bertanya khabar dgn Lt Kdr (B) Kasim bin Awang!

    Najib lembik? Kalau Najib tu lembik dah lama kena makan dgn Anwar dan kuncu2nya

    Pengalaman luas sbg MB Pahang dan mengambil alih jawatan dr PakLah sewaktu BN tenat serta sepak terajang politik tentunya lebih berpengalaman dr Lt Kdr (B) Kasim bin Awang
    Dan tentunya DS Najib terlebih dahulu makan garam dr kita semua

    BalasPadam
  5. Rahsianya:"; pak timbalan menteri orang lembut, lemahlayu seperti sekuntom bunga ini yang anuvar suka, semasa di uia anuvar punyalah dia itu. faham faham lah selebih lebihnya. (saa kaa deh)? ?$$$.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping