Huih!!! Lain macam betul 'Andartu' Muka Berminyak ni ye. Dia nampak gayanya macam nak mengakui yang dia ada skandal dengan Si Khalid Gagap tu ke?
Kalau tidak, kenapa dia pulak yang beria - ia nak pertahankan Si Khalid Gagap tu dan menuduh UMNO menjadi dalang untuk menjatuhkan Khalid Gagap tu?
Oh, ye. Lupa pulak. Minah muka berminyak ni kan Setiausaha Politik kepada Si Khalid Gagap tu. Mungkin sebab tu la dia buat tuduhan yang bukan - bukan macam ni.
Dakwaan dan cubaan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor adalah cara Umno bagi mengekang lonjakan populariti pemimpin itu yang mutakhir ini begitu memberangsangkan, kata setiausaha politiknya, Faekah Husin.
Faekah berkata usaha itu bertujuan menjejaskan populariti dan kredibiliti Khalid yang kini mengatasi pimpinan Umno mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.
“Blog (AntaraPos.com) yang diterajui bekas Pengurus Besar CCSB (anak syarikat kerajaan negeri) yang ditamatkan kontrak Jun lalu digunakan untuk melaksanakan perbuatan hina ini.
“Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan Umno ini juga ditubuhkan khas untuk mempertahankan Datuk Seri Najib (Razak) yang kini dikatakan mendapat tentangan terang-terangan dari timbalannya Tan Sri Muhyidin (Yassin),” kata Faekah dalam kenyataannya malam ini.
Dah memang sah, Si Minah Muka Berminyak ni dasar manusia yang tak sedar diri. Padahal yang nak menjatuhkan imej Si Khalid Gagap tu orang dia sendiri, bukan UMNO.
Benda tu dah dinyatakan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Takkan dia tak dengar kot? Ke dia tak datang masa Si Ketua Penipu tu cakap macam tu semalam? Klik kat sini.
Lepas tu, ada hati pulak nak buat fitnah terhadap Datuk Seri Najib yang kononnya sedang mendapat tentangan daripada Tan Sri Muhyiddin konon.
Mana buktinya yang diorang tak sehaluan? Kalau ada bukti, dedahkan la. Jangan main cakap je Cik Kak oi. Setakat main cakap, semua orang pun boleh.
Dah diorang yang beramuk sesama sendiri, tak nak dengar cakap ahli di peringkat akar umbi, nak tuduh orang lain apa pasal? Kaji diri sendiri dulu la, baru cakap orang lain.
Diorang tu ibarat bangkai gajah mati depan mata. Sorok la kot macam mana sekali pun, baunya tetap ada. Jadi tak payah la nak salahkan nyamuk diseberang laut!!!
Dah nama pun Setiausaha Politik, kena la backup Boss..
BalasPadamkalau dia jadi setiausaha sulit Khalid Gagap.....macam pulak agaknya.
BalasPadam