Jumaat, November 11, 2011


Awal pagi tadi, Semut siarkan satu artikel mengenai dakwaan terbaru yang dibuat oleh Chegubard ni. Dakwaan tersebut berdasarkan 'sumber dalaman yang boleh dipercayai'.

Nah! Dibawah ni merupakan diantara sebab - sebab yang membuktikan Chegubard ni sebenarnya dah kena kencing dek 'sumber dalaman' dia sendiri!!!
1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. 
2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember.
3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. 
4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. 
5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.
6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.
7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. 
8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. 
9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. 
11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.
Dengan 11 sebab yang dikemukakan, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang. Sumber mStar Online.
Ps: Dah tentu sebab - sebab ni akan menjadi 'Peluru' buat puak - puak Pakatan Pembangkang tu dengan menyatakan bahawa PM takut. Kalau tak percaya, korang tengok je la nanti!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Ciku Bad, bukan Chegu Bard. Gelaran Chegu hanya untuk mereka yang mulia di sisi masyarakat.

    Mendidik dan membimbing manusia dengan ilmu yang berguna.

    Bukan fitnah dan pembohongan untuk kepentingan diri dan kelompok sekelilingnya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping