Jumaat, November 11, 2011


Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada  26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).

Ps: Polis ramai kat kawasan dia pun dia nak takut ke? Patutnya dia makin suka. Bila Polis ramai, dah tentu la kawasan dibawah Parlimen dia tu akan menjadi selamat.

Inilah akibatnya kalau dia asyik pentingkan pasal Politik je dan tak fikur lansung mengenai rakyat. Konon berjuang demi rakyat. Tapi buat kerja tak reti. Macam siot!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. TAKUT PADA BAYANG BAYANG SENDIRI..TAKUT KALAH.. ASYIK TAK PUAS HATI JE.. BAPAK,MAK DAN ANAK SAMA JE.. TAK PERNAH BERSYUKUR.. PADA YG MAHA KUASA ALLAH..

    BalasPadam
  2. Semenjak Malaysia Merdeka 1957 POLIS & TENTERA tidak pernah menderhaka pada Kerajaan dan sentiasa taat dan berdiri teguh dibelakang Kerajaan..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping