Dalam kemelut mengenai perlaksanaan Hukum Hudud, puak - puak Parti Angguk Saja tu telah dipukul hebat oleh rakan - rakan lain dalam Pakatan Pembangkang sendiri.
Terutama sekali dari kalangan puak - puak DAPigs yang sejak dari dulu memang menentang perlaksanaan Hukum tersebut.
Kalau dulu, masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri, dia juga turut bersetuju menolak perlaksanaan hukum tersebut daripada ianya dilaksanakan.
Sekarang pun, setelah dia jadi Ketua kepada gerombolan Penipu Rakyat (PR), nampak gayanya pendirian dia sendiri pun masih belum berganjak atau berubah.
Ianya jelas apabila dia turut menolak perlaksanaan hukum tersebut dan tidak menjadikannya sebagai salah satu daripada agenda Pakatan Pembangkang.
Dengan memberikan perkataan - perkataan besar seperti Konsensus serta berpaksikan kepada Perlembagaan, apa yang dinyatakan cukup jelas.
SI KETUA PENIPU TU TOLAK HUKUM HUDUD!!! Apa lagi yang nak dijelaskan? Sedangkan sesama diorang pun tolak, buat apa lagi orang lain nak ikut cakap diorang pulak?
Adalah lebih baik PAS desak Si Ketua Penipu tu agar mereka jadikan isu mengenai Perlaksanaan Hukum Hudud ni sebagai agenda Pakatan. Kalau setakat berani nak tuduh UMNO je, baik tak payah!!! Pejuang Islam menda jadahnya kalau macam tu!!!
AIDCNews – 09/11/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, memberi jaminan bahawa undang-undang hudud yang diperjuangkan PAS tidak ada tempat dasar Pakatan Rakyat.Portal pro Anwar, Malaysiakini melaporkan Ketua Umum PKR itu mengulangi pendirian bahawa Pakatan berfungsi atas dasar setiap keputusan mesti dibuat secara konsensus daripada ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan.Jika dasar itu bercanggah dengan perlembagaan persekutuan maka ia tidak akan dilaksanakan.Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan persekutuan.“Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan ‘tricky’. Jika anda menjawab ‘tidak’, maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab ‘ya’, maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi ‘Anwar sokong undang-undang hudud’,” katanya.
Ps: Nampak sangat Si Ketua Penipu ni pun suka bercakap berbelit - belit. Kalau dia betul - betul nak tegakkan Islam, kenapa dia perlu takut? Dia takut ianya dijadikan bahan Politik. Bukannya dia takut dengan Allah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.