Khamis, November 10, 2011


PAS menganggap isu kakitangan awam akan dikurangkan jika Pakatan Rakyat (PR) menang pilihan raya umum akan datang hanya andaian yang dimainkan oleh media pro kerajaan sedangkan ia tidak pernah berbangkit sama sekali.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menjelaskan soal pengecilan (downsizing) atau penambahan (upsizing) kakitangan awam bergantung kepada kepentingan dan keperluan masa depan negara. 
“Soal mengecilkan jumlah kakitangan awam tidak timbul kerana prospek keperluan mana-mana negara akan diselaraskan dengan keperluan pembangunan negara yang sentiasa bertambah tahun ke tahun.
“Masalah utama yang melanda kakitangan awam kini ialah ketidakselarasan tenaga kerja menyebabkan wujudnya pertindanan tugas antara jabatan-jabatan kerajaan. Sebagai contoh, dalam penguatkuasaan di jalanraya sahaja, terdapat pelbagai agensi yang terlibat - antaranya polis, peronda lebuhraya, Jabatan Pengangkutan Awam, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain,” jelas Tuan Ibrahim.
Beliau diminta memberi respons berikutan media pro kerajaan kebelakangan ini memainkan isu pengurangan kakitangan awam jika PR memerintah kononnya berdasarkan ucapan Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang dipetik akhbar Sinchew Daily.
Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, menegaskan PR tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam dan itu mungkin pandangan peribadi yang tidak mewakili PR.
Bagi Tuan Ibrahim, apa yang ditekankan PR ialah meningkatkan keberkesanan dalam perkhidmatan awam yang secara langsung juga akan meningkatkan daya saing kerajaan. 
Tambahnya, ia juga akan meningkatkan sikap kebertanggungjawaban dalam jabatan-jabatan kerajaan sekaligus dapat mengurangkan jumlah insiden ketirisan, keborosan dan elemen rasuah yang dilaporkan dalam Laporan Audit setiap tahun. 
“Itulah fokus utama Pakatan Rakyat untuk mengubah nasib kakitangan awam sekiranya diberi mandat berkuasa nanti, dan bukannya soal mengecilkan jumlah kakitangan awam.
“Dengan pentadbiran bersih dan kebolehan Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan di negeri-negeri kuasaan mereka, sekiranya diberi mandat nanti, PAS yakin pendapatan dan bajet kerajaan akan bertambah sihat dengan pengurangan hutang negara secara berperingkat,” tulis beliau.
Tuan Ibrahim menegaskan, jika PR memerintah, rakyat, terutamanya para kakitangan awam bakal mengecapi pulangan yang lebih baik berbanding zaman pemerintahan BN. 
“InsyaAllah. Oleh itu, apa yang penting sekarang ialah untuk menyedarkan seluruh kakitangan awam bahawa mereka perlu bangkit membuat perubahan demi masa depan yang lebih baik.”
Ps: Nampak gayanya, diorang ni dah terperangkap dalam jerat yang diorang buat sendiri. Diorang dah buat hal, lepas tu nak tuduh orang lain pulak.

Bak kata orang tua - tua, Pakatan Pembangkang ni umpama dah terberak tengah jalan tapi tak nak mengaku. Yang diorang tau nak salahkan orang lain.

Kenapa diorang tak desak Si Tony Puaka tu membetulkan kenyataan dia sebelum ini? Atau adakah diorang takut nak salahkan Si Tony Puaka tu sebab dia dari parti DAPigs?

Mungkin puak - puak PAS ni lupa gamaknya. Bila diorang tunding jari pada orang lain, lagi banyak jari yang menunjuk kepada diri sendiri. 

Tak payah la nak buat alasan yang bukan - bukan. Terima je la padahnya. Apa Tengkoraknya diorang sokong sangat puak - puak DAPigs tu!!! Sekarang, Baru Padan Muka!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. dah jelas tony puaka tu cakap dlm akhbar cina tu..memang itulah niat sebenar tony dan dap sebenarnya..cakap sudah menunjukkan niat sebenar dihati..semua yg berkaitan melayu akan dihapuskan secara halus dan beransur2..kesian dgn pak2 lebai PAS ni nak cover DAP...supaya pengikut2 mereka percaya bahawa DAP adalah rakan kongsi yg baik utk PR...cari lah apa jua alasan wahai pak2 lebai PAS ...lantak pi lah asal PAS dapat bersama2 perintah malaysia...kesian

    BalasPadam
  2. Bagi Tuan Ibrahim, apa yang ditekankan PR ialah meningkatkan keberkesanan dalam perkhidmatan awam yang secara langsung juga akan meningkatkan daya saing kerajaan. ---> cuba tgok ayat ni..nak cover jugak puak DAP

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping