PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai semakin bergelora apabila penyokong tokoh tertentu dari Umno mula bersaing sesama sendiri bagi memastikan pemimpin yang disokong mereka dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu memberitahu, isu ini semakin panas semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil.Beliau yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.“Sekarang angin gelora pilihan raya siapa akan dicalonkan memang semakin panas, dah semacam tak terkawal lagi dah di Lembah Pantai ni.“Walaupun semua orang tahu dah berapa penggal Sharizat bertanding di Lembah Pantai, tetapi Raja Nong Chik juga dah lama cuba masuk jarum, berkempen sana-sini.
Tepuk tangan isu projek feedlot
“Yang buat saya sakit hati tu, bila timbul pula skandal projek feedlot tu, orang-orang Raja Nong Chik, bukannya nak membantu atau pun sekurang-kurangnya simpati, tetapi bertepuk tangan lagi adalah.“Kalau penyokong pembangkang tu tak kisahlah, tetapi saya tengok dia orang pun sama juga macam penyokong pembangkang, itu yang buat saya sedih tu,” kata beliau.Beliau juga memberitahu walaupun anggapan sesetengah pihak bahawa Raja Nong Chik adalah calon boleh menang di Parlimen Lembah Pantai tetapi belum tentu dapat mengatasi prestasi Sharizat sekaligus boleh menjamin kemenangan BN di kawasan itu.“Saya berpendapat kalau ada orang kata Raja Nong Chik adalah calon ‘winnable’ di sini, itu belum tentu lagi, sebab Sharizat adalah calon favourite di sini kalau nak bandingkan dengan Raja Nong Chik.“Memang kita akui dia adalah Ketua Umno di sini, tetapi jangan lupa Sharizat pernah berkhidmat sebagai YB selama tiga penggal, banyak bantu penduduk dan dah tentu lebih mengenali pengundi di sini berbanding Nong Chik.
Ps: Kalau kena pada puak - puak Pakatan Pembangkang, diorang akan kata yang ini semuanya konspirasi. Semua ni hanya spekulasi sahaja.
Semua ni sengaja dibuat untuk melaga - lagakan sesama pemimpin dikalangan mereka kerana Barisan Nasional sudah terdesak.
Apa yang dibuat oleh BN ni adalah satu usaha licik yang jahat. Ini semua fitnah jahat belaka untuk merosakkan hubungan baik sesama mereka.
Itu je la ayatnya pun. Kita bukan tak tau. Jadi, tak salah jugak kalau kita gunakan ayat yang sama. Cuma tukar je perkataan BN tu kepada PR. Habis cerita.
Memang itulah hakikat sebenarnya pun. Dah habis modal nak serang Datuk Seri Shahrizat, diorang kaitkan pulak dengan Datuk Raja Nong Chik.
Diorang ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke nak percaya benda tu semua? Sedangkan akak dalam sesi temubual tu pun takut nak mendedahkan nama sebenar dia. Jadi, macam mana orang nak percaya kepada apa yang diorang laporkan ni!!!
Mcm tulah perangai diorang.
BalasPadam