Ahad, November 13, 2011

"Balik Ke Pangkal Jalan??? NOOOOO...!!!!"

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Masyarakat seharusnya berusaha membawa golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kembali ke pangkal jalan dan bukannya mendorong mereka terus mengamalkan perlakuan songsang yang jelas bertentangan dengan ajaran agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, perbuatan memperjuangkan amalan songsang yang bertentangan dengan fitrah manusia sama seperti melakukan jenayah.

Menurutnya, penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bagi memperjuangkan golongan berkenaan sebenarnya adalah agenda pakatan pembangkang supaya masyarakat boleh menerima perlakuan songsang itu.

"Hak manusia ialah siqah (kepercayaan) dan tabie (kebiasaan) yang tidak bertentangan dengan fitrah mereka. Jadi kenapa perlu diperjuangkan hal seperti ini. Mereka yang terlibat perlu sedar dan kembali ke pangkal jalan.

"Penganjur program ada agenda tersendiri. Kita tidak sepatutnya mendorong masyarakat negara ini menerima perkara songsang seperti di Barat," katanya di sini, hari ini.

Mashitah turut menyokong kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bahawa program itu tiada kena-mengena dengan hak asasi manusia, sebaliknya ia jelas merupakan satu jenayah.

"Benar kata Zulkifli kerana melakukan jenayah termasuk mempromosi perlakuan jenayah tidak termasuk dalam ruang lingkup hak asasi manusia, malah boleh dihukum," ujarnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping