SHAH ALAM: Sebuah keluarga kerugian lebih RM40,000 apabila dirompak tiga lelaki yang menyamar sebagai sami dalam kejadian berhampiran Taman Botani Negara Shah Alam, di sini hari ini.
Ketua Polis Shah Alam, ACP Zahedi Ayob, berkata dalam kejadian 10.30 pagi itu, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an datang ke rumah mangsa dan meminta daun sepohon pokok di halaman rumahnya, konon untuk upacara keagamaan.
Bercakap kepada pemberita di sini, Zahedi berkata selepas mengambil daun terbabit, ketiga-tiga suspek beredar dan mangsa masuk kembali ke dalam rumah.
"Beberapa minit kemudian mereka datang semula dan menyelinap masuk ke rumah dan mengacukan parang ke arah warga emas berusia 60 tahun itu serta isteri dan anak lelakinya, sebelum merompak barangan seperti set televisyen, komputer riba, wang tunai dan barangan kemas," katanya.
Beliau berkata, semua perompak terbabit melarikan diri dengan Proton Waja milik mangsa.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 385 dan 397 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA
Ps: Macam - macam masalah timbul dah sekarang ni ye. Macam - macam cara orang nak menyamun. Sampai sanggup menyamar jadi Tok Sami.
Lebih kurang macam Si Ketua Penipu tu jugak la. Berlagak je macam orang alim dan kuat agama. Tapi hakikat sebenarnya, dia la Kepala Penyamun!!! Habis satu Malaysia ditipunya. Lagi macam sial!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.