Isnin, November 07, 2011

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam jika mengambil alih kerajaan pusat tetapi tidak menolak keperluan menggunakan tenaga kerja secara cekap demi pulangan yang optimum, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Justeru kata beliau, jika ada mana-mana pihak yang melahirkan pandangan sedemikian, ia hanya merupakan pandangan peribadi pemimpin terbabit dan bukannya dasar Pakatan Rakyat.
“Kalau ada mana-mana pihak yang membangkitkan perkara itu, itu adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili Pakatan Rakyat,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menekankan tentang keperluan pelaksanaan pengurusan yang bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam yang ada kini.
“Jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat, adalah tidak bermakna dan sia-sia jumlah kakitangan awam yang banyak.
“Begitu juga, apa makna dan sia-sia sahaja dikurangkan jumlah kakitangan awam jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat,” kata Mahfuz.
Laporan-laporan media pro-Umno mendakwa hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Ps: Dalam erti kata mudahnya, Si Mahfuz Bean yang KONONnya nak menafikan kenyataan Si Tony Pua...ka tu telah menyatakan bahawa Si Tony Pua...ka tu menipu.

Kenyataan Tony Pua...ka sebelum ini yang jelas nak membuang setengah daripada kakitangan awam sedia ada dihadapan para penyokongnya adalah tipu semata - mata.

Jadi, Si Mahfuz ni jugak turut menjelaskan bahawa semua kenyataan yang dibuat oleh Si Tony Pua...ka sebelum ini juga adalah bersifat peribadi. Semuanya menipu belaka.

Termasuklah kenyataan Pak Berahim yang menyokong kenyataan Si Tony Pua...ka tu. Maka, kalau sesama diorang pun dah tak boleh percaya, kita nak percaya pada siapa lagi?

Inilah hakikatnya yang wujud didalam kalangan puak - puak Pakatan Pembangkang tu sebenarnya. Sesama diorang pun dah wujud rasa saling tidak mempercayai. Berpakat menda kejadahnya kalau macam tu!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping